APO2016: Sazali Tetap Sabar Menanti Keputusan Rayuan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 12:14 PM

(Ubah saiz teks)



PETALING JAYA
: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad mengakui masih menunggu keputusan rayuan berkenaan penggantungan empat tahun daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM).

Juara sepuluh kali Mr Universe ini digantung daripada beraksi pada 21 Disember lalu selepas gagal dalam ujian doping di luar pertandingan yang dijalankan oleh Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas.

Biarpun penggantungan itu telah mengubah rutin kehidupan hariannya, tetapi semangat untuk terus menguasai acara ini di persada dunia tidak pernah pudar.

Sazali, 48, masih menunggu keputusan tersebut selepas menyerahkan surat rayuan kepada PBBM pada 8 Januari lalu.

"Sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa jawapan daripada pihak PBBM. Dan saya akan tetap sabar menunggu.

"Saya sedar hukuman sudah dibuat, tetapi saya membuat rayuan agar tempoh itu dikurangkan," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 pada Khamis.

Jelas Sazali, jika sebelum ini setiap hari masanya dihabiskan dengan latihan di gimnasium, namun sebaliknya berlaku dalam tempoh enam bulan ini.

"Saya sekarang bekerja di pejabat dan agak berbeza dengan keadaan sebelum ini. Pun begitu, setiap hari saya tetap akan meluangkan masa satu atau dua jam untuk ke gim kerana ia sudah sebati dengan diri saya.

"Walaupun tanpa sebarang kejohanan yang boleh disertai, saya tetap memastikan bentuk badan kekal dalam disiplin, termasuk penjagaan pemakanan harian.

"Semangat, minat saya dalam sukan ini sukar dijelaskan dan keinginan untuk bertanding itu masih meluap-luap," katanya yang pernah menjuarai gelaran Mr Asia sebanyak sembilan kali.

Dalam pada itu, atlet kelahiran Batu Pahat, Johor ini berharap agar acara bina badan akan disenaraikan pada  di Sukan SEA 2017, di Kuala Lumpur.

"Sama ada saya terlibat atau tidak pada Sukan SEA tahun depan, itu perkara kedua kerana saya yakin  atlet bina badan negara yang lain mampu menyumbangkan pingat untuk Malaysia.

"Bagi saya satu kerugian besar jika acara ini tidak disenaraikan memandangkan inilah masanya atlet-alet bina kita menunjukkan kemampuan di tempat sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, Sazali antara 15 orang atlet lelaki negara yang disenaraikan dalam APO2016 (Bintang Sukan Lelaki Pilihan) dan peminat-peminat boleh mengundi atlet pilihan masing-masing dengan melayari http://apo.mstar.com.my.

"Saya gembira kerana disenaraikan untuk pencalonan APO2016. Saya yakin peminat-peminat sukan bina badan akan terus menyokong saya," ujarnya yang sentiasa mengukir senyuman.

APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Acara kemuncak ini akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan, pukul 9 malam dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan