Terbuka Windy City: Nicol Mara Ke Aksi Suku Akhir

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 9:06 PM

Aksi Nicol (depan) ketika bertemu Sarah-Jane Perry.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua dunia Datuk Nicol David mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City 2016 di Chicago, Amerika Syarikat, pada Sabtu.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.windycityopen.ussquash.com, Nicol mengambil masa cuma 31 minit untuk menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry 11-6, 11-9 dan 11-5.

"Sarah-Jane ialah seorang pemain yang sangat teknikal, beliau memukul bola dengan baik dan hari ini, beliau mengasak saya dari semua penjuru dan meletakkan saya di bawah tekanan dengan asakannya.

"Jadi saya memastikan saya tidak memberinya ruang untuk menguasai bola dan memastika beliau bergerak. Yang penting ialah tidak memberi laluan mudah kepadanya," kata pemain berusia 32 tahun itu dipetik dalam laman web itu.

Pada pusingan berikut, Nicol akan bertemu pemain Mesir Nour El Sherbini, yang menewaskan pemain negara, Delia Arnold.

Nour menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Delia 11-5, 11-9 dan11-8 dalam masa 30 minit.

"Saya berasa cukup yakin hari ini dan selesa. Pukulan saya sangat tajam, kerana saya tidak menghadapi apa-apa tekanan, tetapi saya rasa saya perlu lebih bersabar kerana saya membuat pukulan terlalu awal, dan melakukan beberapa kesilapan," kata Delia.

Nour berkata beliau menghadapi cabaran paling sengit dari Delia sebelum mencapai kemenangan.

"Delia ialah seorang pemain yang sangat kuat, setiap mata adalah sangats ukar untuk diperoleh. Selepas permainan pertama, saya tidak berasa begitu selesa, jadi saya mahu memberi tumpuan kepada setiap mata untuk memastikan saya tidak mengambil masa yang terlalu lama di gelanggang. 

"Tetapi beliau terlalu handal, dan saya terpaksa bermain mengikut rentak saya, banyak menyerang. Saya terpaksa memastikan bahawa saya meneka apakah pukulan yang bakal dilakukannya dan bergerak ke hadapan dengan pantas," kata Nour.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan