Hoki: Senarai Penuh Pemain Kebangsaan Diumumkan Isnin

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 8:34 PM

Para pemain hoki kebangsaan beramah mesra dengan kanak-kanak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kerling dekat Rawang, selepas tayangan filrm ‘Ola Bola’ di Nu Sentral, Ahad.Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senarai 25 pemain skuad hoki kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak dari 16 hingga 25 April ini akan dikeluarkan Isnin, kata Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal. 

"Sesiapapun yang akan dipilih menyertai pasukan kita ke New Zealand dan Australia bagi saya mereka adalah pemain yang terbaik...tidak bermakna mereka yang tidak disenaraikan itu tidak boleh dipilih untuk pasukan utama. 

"Yang paling penting, pemain-pemain dapat menimba ilmu dan memperbaiki permainan masing-masing ketika bermain dengan pasukan-pasukan yang terbaik di dunia," katanya kepada pemberita sebelum menonton filem 'Ola Bola' di Golden Screens Cinema, Nu Sentral anjuran KHM pada Ahad.

Pada majlis tayangan amal itu, KHM menjemput kira-kira 60 kanak-kanak dari SJK (T) Ladang Kerling, Hulu Selangor dan Rumah Bakti, Ulu Kelang untuk menonton bersama-sama beberapa pemain skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan.

Subahan berkata memandangkan ketua jurulatih Stephen Van Huizen dan pengarah teknikal Terry Walsh baru sahaja mengambil alih jawatan berkenaan kurang empat bulan, maka untuk berlaku adil, mereka tidak meletakkan sasaran yang besar pada Piala Sultan Azlan Shah.

"Tujuan utama kita ialah memperkukuhkan pasukan kebangsaan kita ke arah Piala Dunia dan Sukan Olimpik 2020. Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah bukanlah sasaran utama kita," katanya.

"Untuk menampakkan hasil terbaik ia memerlukan masa beberapa tahun. Hasilnya akan datang secara perlahan-lahan tetapi pasti. Kalau pemain kita berjaya di Piala Sultan Azlan Shah, itu satu bonus," tambah beliau. 

Pasukan hoki negara akan mengadakan siri perlawanan persahabatan dan ujian menentang New Zealand dan Australia sebagai persediaan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah 2016.

Mereka yang dipilih akan ke New Zealand dari 3 hingga 14 Mac dan dijadualkan akan bermain empat perlawanan ujian menentang skuad Olimpik mereka dan dua perlawanan dengan Korea Selatan, yang juga berada di New Zealand.

Selepas itu, mereka akan ke Perth, Australia dari 14 hingga 25 Mac untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Western Australia dan tiga perlawanan menentang pasukan kebangsaan negara itu. -

Sementara itu, mengenai sesi tayangan filem itu, Subahan berkata ia dipilih kerana dilihat mampu memberi inspirasi kepada para pemain untuk mempunyai semangat juang yang tinggi. 

"Ini Ola Bola, dalam hoki pun kita ada. Pada tahun 1980 skuad hoki kita juga layak ke Sukan Olimpik Moscow. Melalui filem ini, saya mahu pemain-pemain melihat bahawa untuk mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun mereka gigih berlatih, mereka juga perlu ada semangat kenegaraan yang tinggi.

"Di samping itu, saya mahu terapkan nilai murni dalam kalangan pemain. Saya mahu mereka bukan sahaja hebat di atas padang tetapi juga ada tanggungjawab sosial dengan membawa kanak-kanak kurang berkemampuan untuk menonton bersama-sama," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Subahan Kamal , KHM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan