LTdL 2016: Guardini Catat Kemenangan Peringkat Kali Ke-20

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini mencatatkan kemenangan peringkat kali ke-20 dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) selepas memenangi peringkat kelima, Ahad.

Pelumba Itali berusia 26 tahun itu mencatat masa tiga jam 18 minit, 50 saat dalam perlumbaan hari ini sejauh 148.8 km dari Tapah ke Dataran Merdeka.

Rabu lepas dia mencatat kemenangan peringkat ke-19 semasa  peringkat pembukaan dari Kangar ke Baling.

Untuk rekod, Guardini yang dikenali sebagai 'Mr Langkawi' memenangi lima peringkat dalam LTdL edisi 2011, enam (2012), tiga (2014) dan empat peringkat, tahun lepas.

Rakan sepasukannya, pelumba Colombia Miguel Angel Lopez Moreno, mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan biarpun gagal menempatkan diri dikedudukan 10 pelumba teratas.

Pelumba China, Wang Meiyin daripada Hengxiang Cycling Team dan pelumba Malaysia Muhamad Adiq Husainie Othman daripada Terengganu Cycling Team (TSG) masing-masing mengekalkan jersi polka dot sebagai Raja Bukit dan Pelumba Terbaik Asia.

Pelumba veteran Malaysia, Loh Sea Keong yang mewakili skuad kebangsaan Malaysia dinobat pelumba paling agresif untuk kali ketiga dalam LTdL tahun ini selepas peringkat kedua Khamis lepas dan peringkat keempat pada Sabtu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Astana Pro Team , Andrea Guardini , LTdL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan