LTdL: Guardini Catat Kemenangan Peringkat Kali Ke-19

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 9:23 PM

Andrea Guardini muncul juara peringkat pertama Kangar-Baling pada perlumbaan Jelajah Le Tour De Langkawi pada Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BALING: Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini memulakan aksi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 dengan mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi peringkat pertama sejauh 166.6 kilometer dari Kangar ke Baling, pada Rabu.

Kemenangan tersebut menyaksikan pelumba berusia 26 tahun dari Itali itu meraihkan kemenangan perlumbaan peringkat untuk kali ke-19, selepas menang lima kali pada edisi 2011, enam (2012), tiga (2014) dan empat (2015).

Lebih menarik, Guardini turut mendapat dua jersi - kuning bagi keseluruhan dan teal untuk Raja Pecut selepas mengutip 15 mata di zon pecut di Tunjang, Kuala Nerang dan Sik.

Ketua pengadil, Ibrahim Omar mengumumkan kesemua 10 pelumba teratas termasuk Guardini mencatat masa yang sama iaitu 4 jam 15 minit 57 saat selepas membuat penamat berkelompok.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Guardini berkata beliau gembira memulakan kempen dalam perlumbaan basikal berprestij Asia itu dengan keputusan positif.

Beliau turut mendedikasikan kemenangan hari ini untuk isterinya yang menjadi penyokong kuatnya sepanjang kariernya.

"Hari ini agak perit kerana pelumba berdepan cuaca panas terik (mencecah 36 darjah selsius) serta laluan sukar termasuk keadaan berangin sepanjang perlumbaan tetapi saya lega dapat mencatat kemenangan di peringkat pertama," katanya.

Guardini, bagaimanapun sedih melihat rakan sepasukannya, Ruslan Tleubayev terpaksa pulang awal selepas terbabit dalam kemalangan di 20km terakhir yang menyebabkan bahunya patah.

Pelumba China, Wang Meiyin dari Hengxiang Cycling Team, turut gembira selepas meraih dua jersi - polka dot sebagai Raja Bukit dan putih untuk Pelumba Terbaik Asia, pada penampilan sulung perlumbaan tahun ini selepas berehat panjang akibat kecederaan.

"Kemenangan hari ini memberi semangat tambahan untuk saya memburu lebih banyak kejayaan di peringkat seterusnya," kata pelumba berusia 27 tahun itu.

Perlumbaan peringkat kedua dari Sungai Petani ke Georgetown sejauh 158.1km esok akan membabitkan tiga zon pecut di Sungai Karangan, Padang Serai dan Kulim serta dua zon pendakian di Balik Pulau dan Teluk Bahang.

Tags / Kata Kunci: LTdL , Andrea Guardini , Astana Pro Team

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan