LTdL: TSG Azam Beri Persembahan Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 5:29 PM

Anuar Manan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) berazam memberikan persembahan terbaik dan menempatkan diri di podium pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula Rabu ini.

Pelumba sensasi yang juga ketua pasukan TSG Anuar Manan berkata sasaran  pasukan itu ialah untuk naik ke podium pada kejohanan yang akan bermula di Kuala Perlis dan berakhir di Melaka itu.

"Kalau boleh kita (TSG) mahu naik podium setiap peringkat kejohanan tersebut," kata Anuar ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai ketua pasukan TSG itu.

Pelumba lain yang akan bersama Anuar ialah Harris Saleh, Mohd Shahrul Mat  Amin, Muhammad Adiq Husainie Othman, Mohd Nur Fakharuddin Marzuki dan pelumba  import dari Singapura Goh Choon Huat.

Anuar, 30, anak kelahiran Kampung Kuala Ibai di sini berkata pasukan TSG akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan-pasukan yang bakal beraksi pada kejohanan itu.

Anuar berkata melihat kepada latar belakang pelumba-pelumba yang mewakili TSG, beliau yakin pasukannya mampu mencatat kejayaan yang lebih cemerlang dalam kejohanan LTdL kali ini.

Katanya, Mohd Nur Fakharuddin yang merupakan pelumba berpotensi dalam acara mendaki serta pelumba pecut Goh dan Harris dijangka akan naik ke podium.

"Saya harap semua pelumba TSG akan membuat yang terbaik untuk mengharumkan nama pasukan dan negeri kali ini," katanya.

Anuar berkata dalam menghadapi LTdL, pasukan TSG telah membuat persiapan yang rapi sejak Disember tahun lalu hingga sekarang di bawah kendalian  jurulatih baharu Adam Szabo dari Slovakia.

Menurut beliau selain daripada Kuala Terengganu, latihan itu juga diadakan selama dua minggu, masing-masing di Chiang Mai, Thailand; Kuala Lumpur serta Selangor.

Pasukan TSG berlepas ke Kuala Perlis dari Kuala Terengganu pagi Isnin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Anuar Manan , TSG , LTdL

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan