Sukan Digugur Mungkin Disenarai Semula - KJ

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 5:19 PM

Khairy pada majlis perasmian Akademi Silat Pendekar Muda (ASPM) 2016 di Kementerian Belia dan Sukan pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beberapa sukan yang digugurkan dalam senarai awal Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, berpeluang kembali disenaraikan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia berikutan senarai yang diumumkan MOM itu belum muktamad, dan keputusan akhir hanya dibuat selepas mendengar rayuan daripada persatuan sukan dan negara-negara anggota pada Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Rabu ini.

"Kita akan mempertimbangkan rayuan daripada persatuan dan negara-negara anggota sebelum membuat keputusan akhir. Beberapa sukan yang digugurkan daripada senarai awal seperti bina badan, lawan pedang, triathlon dan judo masih berpeluang disenaraikan nanti," katanya di sini, Isnin.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan rancangan realiti terbaharu TV AlHijrah, Akademi Silat Pendekar Muda, bagaimanapun kesal dengan tindakan MOM mengumumkan senarai awal sukan dan acara bagi temasya sukan itu tanpa persetujuan beliau.

Khairy berkata beliau sebelum ini, meminta Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar untuk menangguhkan pengumuman itu sehingga selepas Mesyuarat Majlis SEAGF.

"Saya minta satu atau dua hari untuk mempertimbangkan satu dua sukan yang diketepikan. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk mengumumkan senarai itu pada minggu lepas," katanya.

Pada Rabu lepas, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MOM, Tunku Imran mengumumkan sebanyak 34 jenis sukan membabitkan 342 acara untuk dipertandingkan pada Sukan SEA ke-29.

Sukan yang disenaraikan Jawatankuasa Teknikal MOM itu ialah olahraga, akuatik, memanah, badminton, bola keranjang, tinju, kriket, berbasikal, ekuestrian, bola sepak dan futsal, golf, gimnastik, hoki, hoki ais serta luncur ais.

Selain itu, karate, boling padang, bola jaring, pencak silat, petanque, ragbi tujuh sebelah, pelayaran, sepak takraw, menembak, snuker dan biliard, skuasy, ping pong, taekwondo, tenis, tenpin boling, bola tampar tertutup, ski air, angkat berat serta wushu.

Senarai akhir sukan dan acara yang akan dipertandingkan pada temasya sukan dwitahunan itu akan dimuktamadkan di Mesyuarat Majlis SEAGF kedua, pada 13 dan 14 Julai ini, iaitu setahun sebelum pembukaan rasmi Sukan SEA 2017.

Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya telah mempertimbangkan untuk menyenaraikan sukan tradisional dari Myanmar, iaitu Chinlone pada temasya sukan itu.

"Ini kerana, Chinlone menjadi sukan dipertandingkan oleh beberapa negara di Asia Tenggara. Bagi sukan (tradisional) lain, kita mungkin tidak akan mempertimbangkan kerana kita kekal dengan pendirian untuk hanya menyenaraikan  sukan-sukan utama yang dipertandingkan di Sukan Asia dan Olimpik," katanya.

Sukan SEA ke-29 dijadual berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos, tahun depan.

Ia kali keenam Malaysia menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2017 , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan