Pemain Muda Di BATC Tingkat Prestasi Skuad Negara-Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 5:54 PM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyempurnakan gimik pelancaran Pertandingan Menembak 'Moh Bedil' antara Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan dan Media di lapang sasar Majlis Sukan Negara pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen menghantar pemain muda di Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) berjaya meningkatkan prestasi skuad lelaki negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemain negara mempamerkan prestasi lebih baik pada kejohanan di Hyderabad, India itu yang berlangsung dari 15 hingga 21 Februari ini.

"Saya melihat, ini satu percubaan yang baik oleh BAM kerana menyenaraikan pasukan agak muda...tidak terdiri daripada pemain senior seperti Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu nombor satu dan dua negara.

"Sebelum ini ramai menyatakan, kita masih bergantung kepada set pemain sama. Jadi, apa salahnya kita bagi pendedahan kepada pemain muda seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang prestasinya semakin meningkat, serta Zulfadli Zulkiffli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Moh Bedil' di Majlis Sukan Negara (MSN), Sabtu.

Program 'Moh Bedil' anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), disertai bekas atlet kebangsaan serta media tempatan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata langkah itu wajar bagi melahirkan pemain pelapis yang boleh menggantikan pemain senior seperti Chong Wei pada masa akan datang.

Skuad muda negara menempuh laluan sukar ke pusingan akhir Piala Thomas di Kunshan, China dari 15-22 Mei ini, selepas tewas 2-3 kepada pasukan tuan rumah, India di suku akhir BATC, pada Jumaat.

Tiket ke separuh akhir BATC menjanjikan slot automatik ke Piala Thomas. Bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang melayakkan diri ke Piala Thomas sekiranya berada dalam kelompok enam pasukan teratas pada kejohanan di Hyderabad itu.

Skuad wanita pula gagal menempah tiket ke pusingan akhir Piala Uber selepas tewas kepada Thailand 0-3 di peringkat suku akhir BATC. 

Khairy berkata beliau agak kecewa dengan prestasi pasukan wanita selepas tewas di suku akhir, namun berharap mereka layak ke Piala Uber secara merit berdasarkan ranking yang akan dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak lama lagi.

Skuad wanita negara masih berpeluang melayakkan diri secara merit ke Piala Uber di Kunshan pada Mei ini, seandainya dapat menamatkan BATC di tempat kelima, sambil mengharapkan China berada dalam kelompok empat teratas di kejohanan itu.

Empat slot ke Piala Uber diberikan kepada pasukan yang mara ke separuh akhir BATC, namun China sudah layak secara automatik atas tiket selaku tuan rumah dan juara bertahan, sekali gus pasukan tempat kelima dapat mengisi kekosongan itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairy , BATC , BAM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan