Holman Miliki Kelebihan Satu Pukulan Pada Hari Pertama

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 11:17 PM

Nathan Holman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Australia, Nathan Holman menampilkan aksi cemerlang untuk mencatat tujuh bawah par 64 bagi mendahului hari pertama Kejohanan Maybank Malaysia dengan kelebihan satu pukulan, pada Khamis.

Holman yang sudah beraksi di Jelajah Asia sejak dua tahun lepas, beraksi konsisten dan empat kali memperkemaskan permainannya ketika aksinya agak menurun untuk mengelakkan bogey dalam catatannya di Kelab Golf Diraja Selangor di sini.

"Ada banyak peluang yang baik tetapi apabila pukulan itu terkeluar, ia mampu memberi kesan. Tapi dengan tujuh bawah par saya sudah cukup gembira," kata pemain berusia 24 tahun itu.

"Saya beraksi dengan baik. Setiap pukulan begitu menjadi dan seperti yang saya katakan beberapa minggu lalu, saya berada pada landasan terbaik.

Persembahan saya hari ini cukup menggembirakan," katanya.

Holman berkata beliau perlu lebih konsisten dalam tiga pusingan seterusnya.

"Lapangan ini cukup serasi dengan mata saya. Saya gembira dengan keadaannya dan ini ditunjukkan dengan catatan saya hari ini dan saya harap dapat bermain dengan konsisten untuk baki tiga pusingan," kata Holman.

Sementara itu, enam pemain - Angelo Que (Filipina), Peter Uihlein (Amerika Syarikat), Alexander Levy (Perancis), Jorge Campillo (Sepanyol) dan dua pemain England, Danny Willet dan Tommy Fleetwood -- mengekori rapat dengan catatan enam bawah par 65.

Willet, pemain ranking tertinggi kejohanan ini, melakukan birdie di lubang terakhir untuk memastikan beliau berada dalam kelompok teratas.

"Aksi saya bercampur-campur. Saya bermain dengan baik di sembilan lubang pertama tapi gagal mendapat hasil yang diharapkan.

"Ini adalah antara hari di mana dua aksi berbeza itu digabungkan untuk mendapatkan catatan yang baik," katanya yang menjuarai pertandingan di Dubai, dua minggu lepas.

Prom Meesawat dan Thongchai Jaidee dari Thailand, dua pemain Korea Selatan, K.T. Kim dan Soomin Lee serta Miguel Tabuena dari Filipina, yang hampir menarik diri kerana keracunan makanan, berada di kelompok seterusnya dengan 66 pukulan.

Penyandang juara Terbuka Filipna, Tabuena mengalami keracunan makanan pada Selasa lepas dan terpaksa berehat seharian di biliknya pada Rabu.

"Mujur saya memulakan aksi agak lewat hari ini (Khamis) yang membolehkan saya mendapat rehat tambahan. Saya begitu lemah pada Selasa dan semalam (Rabu).

"Saya sudah fikir untuk menarik diri tetapi anda pasti tidak mahu terlepas bermain dalam kejohanan berprestij seperti ini," kata pemain berusia 21 tahun itu.

Shaaban Hussin adalah pemain terbaik negara pada hari pertama dengan empat bawah par 67, untuk berkongsi tempat ke-16 dengan tiga pemain lain. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan