Pandelela Tercalon Dalam Anugerah Nickelodeon Kid's Choice

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 10:24 AM

Pandelela Rinong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, 23, akan bersaing dengan tiga atlet negara Asean yang lain tahun ini untuk merebut Anugerah Nickelodeon Kid's Choice.

Pandelele Rinong yang dicalonkan dibawah kategori Bintang Sukan Pilihan Asean turut dicabar Irfan Fandi dari Singapura, Kim Kurniawan (Indonesia) dan Jeron Teng (Filipina).

Anak muda kelahiran Sarawak itu merupakan atlet pertama Malaysia yang melayakkan diri ke Olimpik Rio de Janeiro Brazil dan mewakili negara dalam acara terjun individu.

Beliau juga merupakan atlet wanita pertama memenangi pingat Olimpik selepas menamatkan saingan platform 10 meter individu di tempat ketiga pada Sukan Olimpik, London 2012.

Pemenang akan ditentukan menerusi undian secara dalam talian yang boleh dilakukan lebih daripada sekali di laman web kca.nick-asia.com/vote.





iklan

Kolumnis

iklan

Iklan