Ahmad Khawari Dipilih Naib Presiden AIPS Asia

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 3:29 PM

Ahmad Khawari Isa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa melakar sejarah apabila dipilih sebagai antara lima naib presiden Persatuan Penulis Sukan Asia (AIPS Asia) dalam pemilihan kongres tahunan badan itu di Manama, Bahrain pada Jumaat.

Pemilihan itu adalah untuk penggal 2016 hingga 2020.

Seramai 28 wakil dari 33 buah negara yang berdaftar dengan badan induk kewartawanan sukan Asia itu hadir pada kongres dan pemilihan itu.

Pada pemilihan yang berlangsung semasa Kongres Tahunan kali ke-18 badan itu, Ahmad Khawari dipilih bersama empat lagi calon dari China, Iran, Qatar dan Arab Saudi.

"Ini adalah satu pengiktirafan kepada bidang kewartawanan sukan Malaysia dan saya anggap ia sebagai satu amanah yang akan saya tunaikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan nama dan juga martabat negara Malaysia mampu diiktiraf di pentas Asia," katanya dalam satu kenyataan.

Pada pemilihan tersebut, Presiden Jawatankuasa Penulis Sukan Bahrain, Muhammad Qassim dipilih sebagai presiden baharu AIPS Asia.

Pemilihan itu turut menyaksikan wakil Pakistan, Amjad Malik Aziz dipilih sebagai setiausaha agung manakala jawatan bendahari Niranjan Rajbanshi dari Nepal.

Lapan kerusi eksekutif pula diisi oleh Jepun, Korea Selatan, Mongolia, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Kazakhstan, Macau dan Palestin.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur turut diberi mandat untuk menganjurkan Kongres Tahunan AIPS Asia ke-19 tahun hadapan.

Menurut Khawari, ia adalah penghormatan yang bersesuaian kerana dalam tahun yang sama Malaysia akan menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA.

"Tahun 2017 akan menjadi tahun istimewa kepada sukan negara. Dengan amanah selaku tuan rumah Kongres AIPS Asia ke-19, ia bermakna SAM juga akan sama-sama memainkan peranan untuk memeriahkan tahun yang mampu menjadi detik gemilang sukan negara.

"Saya percaya dengan bantuan seluruh pihak, terutama daripada Kementerian Belia dan Sukan, agensi-agensi berkaitan serta seluruh warga ahli SAM, ianya akan mampu dijayakan dengan berkesan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ahmad Khawari Isa , SAM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan