Virus Zika: Atlet Dunia Mungkin Boikot Olimpik Rio 2016

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 3:14 PM

Jessica Ennis-Hill

(Ubah saiz teks)

SUKAN Olimpik 2016 bakal berdepan dengan boikot daripada atlet-atlet dunia berikutan virus Zika yang kini dilaporkan menyerang negara Brazil dan Amerika Latin.

Virus Zika berpunca daripada pembawaan nyamuk yang boleh memberi kesan kepada kecacatan bayi baru lahir dan kelainan ukuran kepala bayi.

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti.


Salah seorang atlet dunia dari Britain yang berkemungkinan akan menarik diri daripada menyertai Olimpik Rio ini adalah Jessica Ennis-Hill.

Atlet pingat emas acara heptathlon ini memantau perkembangan virus ini menjelang Sukan Olimpik yang tinggal kurang daripada enam bulan lagi pembukaan rasminya.

Menurut ejennya: "Saya dan Jess sedang memerhatikan perkembangan virus ini secara serius. Dia akan mendapat nasihat daripada Persatuan Olimpik Britain (BOA) dan jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)".

Sementara itu, penjaga gol wanita Amerika Syarikat, Hope Solo berkata, dia tidak akan menyertai aksi di Brazil jika temasya itu bermula sekarang.

Perkembangan terkini mengenai virus Zika didedahkan dengan seorang wanita mengandung dari Queensland didapati positif selepas kembali dari El Salvador Disember lalu. 

Ia merupakan kes ketiga yang berlaku di Queensland, Australia.

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik , Rio , virus zika

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan