Tahun Baharu Cina Tiup Semangat Perpaduan Lebih Jitu

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini menjadi tiupan baharu semangat perpaduan lebih jitu semasa negara menempuhi masa yang mencabar.  

"Banyak yang telah kita lalui bersama sebagai rakyat pelbagai kaum dan agama. 

"Semoga Tahun Monyet ini memberi kita semua tahun yang penuh kebahagian, kesihatan yang baik serta kemakmuran yang dirasai disamping ahli keluarga dan orang yang tersayang," katanya dalam catatan di facebook beliau.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua dan berharap kemeriahannya turut dirasai seluruh rakyat Malaysia. 

"Disamping memberi Ang Pow dan menziarahi sanak saudara, yang paling penting adalah semangat kekeluargaan yang akan kita terus semai agar perayaan ini penuh bermakna. 

"Jangan lupa juga untuk bersenam dan makan dengan sihat, demi keluarga, demi?#?FitMalaysia?...Gong Xi Fa Cai," kata anggota Parlimen Rembau itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Tahun Baharu Cina , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan