Atlet Program Podium Perlu Beri Komitmen 100 Peratus

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 4:21 PM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tengah) bersama M. Saravanan (empat, kanan) bergambar bersama para atlet negara ketika majlis Pelancaran Program Podium di Institut Sukan Negara (ISN) minggu lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Atlet terbaik negara yang tersenarai dalam Program Podium perlu memberi komitmen 100 peratus terhadap latihan disediakan bagi menepati sasaran ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan berkata pihaknya bukan'suka-suka' merangka program berkenaan, sebaliknya komited melahirkan atlet negara bertaraf dunia.

"Apabila kementerian dan pihak pengurusan Program Podium komited melakukannya, kami harap perkara yang sama daripada atlet.

"Jika tidak, mereka akan diganti dengan atlet lain yang lebih komited,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Ponggal anjuran MIC Johor dan Kuil Arulmigu Raja Mariamman Jalan Ungku Puan, di sini pada Sabtu.

Saravanan berkata keberhasilan program itu mungkin tidak dapat dilihat hari ini atau dalam tempoh terdekat, namun beliau percaya ia mampu membangunkan industri sukan negara pada masa akan datang.

"Program ini sebenarnya bukan perkara baru. Di luar negara, mereka sudah memperkenalkan sistem ini dan ternyata ia memberi impak yang baik," katanya.

Pada Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan 97 atlet dan 36 jurulatih terpilih menyertai Program Podium.

Program itu satu daripada lapan inisiatif di bawah Rangka Kerja Berprestasi Tinggi KBS bertujuan melahirkan atlet konsisten dan berkekalan untuk mencapai keputusan podium dalam kalangan atlet Malaysia.

Sasaran program itu termasuk memenangi pingat emas Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan berada di kedudukan 10 teratas pada Sukan Komanwel Gold Coast serta Sukan Asia di Jakarta pada 2018.

Antara atlet terpilih dalam program itu ialah Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy), Mohd Azizulhasni Awang (lumba basikal), Pandelela Rinong Pamg (terjun), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) dan Fairul Izwan Abdul Muin (boling padang).

Daripada 97 atlet itu, 27 daripada mereka adalah atlet paralimpik bagi sukan memanah, olahraga, badminton, lumba basikal, renang, pelayaran dan powerlifting. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Program podium , KBS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan