Atlet Negara Ke Rio Dinasihat Patuhi Arahan Virus Zika

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 10:20 PM

Dr Ramlan Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet negara yang bakal beraksi dalam beberapa kejohanan Pra-Kelayakan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil dalam tempoh terdekat disaran mematuhi arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkenaan virus Zika.

Penasihat Sains Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menegaskan ia penting bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus itu yang sedang melanda benua Amerika Selatan ketika ini.

Beliau menjelaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selain Kedutaan Malaysia di Brazil juga telah mengeluarkan nasihat berhubung penularan virus berkenaan.

"Saya pasti MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan duduk semeja untuk membincangkan mengenai perkara ini sebelum mengambil keputusan yang sewajarnya demi kebaikan atlet negara sendiri.

"Bagi saya, masih ada masa untuk penganjur (kejohanan Pra-Kelayakan Olimpik) untuk mengubah tarikh kejohanan supaya memberi keyakinan kepada atlet dan pegawai sukan yang akan berkunjung ke sana (Brazil)," kata Dr Ramlan.

Dr Ramlan yang ditemui pemberita selepas majlis pengumuman pasukan bertanding pada Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah anjuran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berkata walaupun buruan tiket ke Olimpik menjadi keutamaan atlet negara namun mereka tidak seharusnya mengabaikan aspek kesihatan diri yang boleh mempengaruhi persembahan mereka pada kejohanan akan datang.

Bekas pelajar MCKK itu berkata atlet negara daripada beberapa jenis sukan seperti gimnastik dan terjun dijadual beraksi pada Kejohanan Pra-Kelayakan Olimpik di Rio, penghujung bulan ini bagi memburu tiket ke temasya sukan tersohor berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Ramlan menasihatkan jurulatih dan pegawai sukan yang terlibat dalam Sukan Malaysia 2016 di Sarawak, Julai ini untuk memberi kerjasama erat kepada MSN dan ISN bagi mengelakkan atlet di bawah tanggungan masing-masing terlibat dengan penggunaan bahan terlarang.

Beliau berkata kerjasama semua pihak amat penting dalam membanteras penggunaan bahan terlarang yang mampu memusnahkan karier seseorang atlet.

Tiga atlet iaitu Dhia Danial Mohd Kharil dari Wilayah Persekutuan (sukan berbasikal), Siti Fazera Ishak dari Perlis (angkat berat 75kg) dan Jelinie Em Pera dari Sarawak (angkat berat 75kg) gagal pada ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) ketika menyertai Sukma 2014 di Perlis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kelayakan Olimpik , virus Zika

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan