Sukan SEA 2017: MOM Gugur Lima Jenis Acara Sukan

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengurangkan jumlah sukan untuk Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur kepada 34 daripada 39 yang disenaraikan sebelum ini.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar ketika menyatakan demikian, bagaimanapun, tidak memberitahu lima jenis sukan yang digugurkan.

Beliau berkata, senarai 344 acara sukan akan diumumkan selepas Tahun Baru Cina untuk memberi masa dan peluang kepada Persatuan-persatuan Sukan Negara (PSK) dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) dari negara anggota ASEAN untuk mengemukakan rayuan.

"Sudah tentu tidak semua akan berpuas hati, saya pasti bahawa banyak usaha melobi akan dijalankan dan ada pihak-pihak yang cuba memasukkan lebih banyak acara dan jenis sukan yang tidak menepati syarat. Kami bersedia untuk mendengar rayuan mereka. Kami akan mengadakan Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) pada 23 dan 24 Februari di Kuala Lumpur, yang mana mereka akan mengkaji senarai sukan dan acara,"katanya kepada pemberita selepas mesyuarat lembaga eksekutif majlis itu di Wisma OCM pada Rabu.

Sebanyak 39 acara sukan yang disenaraikan sebelumnya oleh majlis ialah skuasy, kenu, hoki, badminton, karate, meluncur ais, akuatik, menembak, bolasepak, bola keranjang, bina badan, tinju, bola tampar, bola jaring, boling padang, ski air, petanque, triathlon, silat, lawan pedang, taekwondo dan ragbi.

Juga disenaraikan ialah hoki ais, boling, kriket, tenis, judo, golf, wusyu,sepak takraw, memanah, ekuestrian, angkat berat, lumba basikal, ping pong, snuker dan biliard, olahraga, pelayaran dan gimnastik.

Tunku Imran berkata NSA dan NOC masih berpeluang untuk merayu kepada MASOC sehingga Julai bagi memasukkan sukan atau acara sebelum senarai itu dimuktamadkan.

"Kami perlu mengumumkan senarai akhir 12 bulan sebelum majlis perasmian iaitu pada Julai. 

"Selain memenangi emas, kriteria lain yang kami akan pertimbanghkan ialah lokasi venue dan kosnya disebabkan kemelesetan ekonomi global yang dihadapi,"kata beliau.

Malaysia menganjurkan Sukan SEA buat kali pertama pada 1965, yang ketika itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Sukan SEAP) dan pada 1971,1977, 1989 dan 2001.   

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan SEA ialah pada 2001 apabila kontinjen negara muncul juara selepas meraih 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa sementara pada Sukan SEA di Singapura tahun lepas, Malaysia menduduki tempat keempat dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa. -Bernama

Tags / Kata Kunci: MOM , Sukan SEA 2017

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan