Williams Juarai Gelaran Match Racing Dunia Kali Keenam

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 8:45 PM

Pasukan GAC Pindar dari Great Britain (nombor dua) berjaya mengatasi pencabarnya US One dari Us Virgin Islands untuk muncul juara Piala Monsun 2016 dan juara dunia match racing pada aksi akhir Kejohanan Piala Monsun 2016 di Puteri Harbour Marina, Iskandar Puteri pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Pengendalian berisiko dalam dua perlumbaan terakhir membolehkan Ian Williams muncul juara Piala Monsun Malaysia, sekali gus gelaran dunia keenam Jelajah Match Racing Dunia (WMRT) 2015/2016 untuknya.

Dalam kedua-dua perlumbaan itu, Williams yang menentang Taylor Canfield daripada pasukan US One, dikenakan penalti yang memerlukannya melakukan pusingan 360 darjah sebelum menamatkan perlumbaan.

Juragan berusia 39 tahun itu berjaya melakukannya buat kali kedua di perlumbaan kedua selepas menang perlumbaan pertama menentang Canfield, yang menampilkan persembahan baik sejak daripada pusingan kelayakan.

"Ia bukan mudah kerana Canfield dan pasukannya memberi saingan yang begitu hebat.

"Mereka melakukan permulaan yang baik tapi kami lebih pantas ketika belayar, begitu lancar sewaktu memeriksa perubahan angin dan ombak...ini memberi kelebihan kepada kami," katanya selepas majlis penyampaian hadiah di Puteri Harbour Marina di sini, Sabtu.

Walaupun tiga kali dikenakan penalti, Williams memuji pasukannya yang bertindak cemerlang untuk menamatkan perlumbaan ketika bersaing rapat dengan lawan.

Juragan dari Britain itu akan berehat selama dua minggu sebelum ke Bermuda untuk membiasakan diri dengan bot catamaran M32 yang bakal digunakan dalam semua perlumbaan WMRT bagi musim 2016/2017.

"Ia adalah cabaran untuk semua peserta dan saya perlu belajar mengendalikan bot baru itu sebelum WMRT musim depan bermula pada minggu pertama Mac ini di Perth, Australia," kata Williams.

Kemenangan di Piala Monsun ini membolehkan Williams kekal di tangga teratas WMRT dengan 142 mata diikuti Canfield (132) manakala Bjorn Hansen ketiga dengan 130 mata.

Ini adalah juga kejayaan keempat Williams dalam Piala Monsun selepas menang pada 2007, 2011 dan 2014/2015.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyampaikan dua trofi kepada Wiliams - Tropi Kejuaraan WMRT dan Trofi Tunku Laksamana Johor.

Williams turut membawa pulang AS$80,000 (RM344,000) sebagai juara WMRT dan RM310,000 sebagai juara Piala Monsun.

Turut hadir, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan