22 Pasukan Sertai Le Tour De Langkawi Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi ke-21 Le Tour de Langkawai (LTdL) tahun ini akan menyaksikan wakil setiap benua menyertai perlumbaan yang melalui beberapa kawasan menarik seperti Pulau Pinang, Cameron Highlands, Kuala Lumpur dan berakhir di Melaka.

Malah perlumbaan dari 24 Februari hingga 2 Mac itu turut menarik minat pasukan World Tour termasuk penampilan semula skuad Astana, Tinkoff dan Dimension Data.

Dimension Data yang baru-baru ini melonjak ke ranking teratas dunia adalah juara bertahan LTdL selepas menjuarainya menerusi pelumba Algeria, Youcef Reguigui ketika pasukan itu dikenali sebagai MTN-Qhubeka.

"Kami meneliti dahulu pasukan yang mahu dijemput supaya perlumbaan ini menjadi tumpuan dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya seperti sebelumnya di mana beberapa pasukan yang baru ditubuhkan menyertai LTdL , edisi kali ini turut menyaksikan beberapa nama baru dalam pasukan pro benua seperti One Pro Cycling, Roth dan Funvic-Soul-Carrefour.

"Funvic-Soul-Carrefour adalah pasukan pertama dari Brazil yang akan mengambil bahagian di LTdL," kata Emir. 

Funvic-Soul-Carrefour akan mewakili Amerika Selatan; Unitedhealthcare (Amerika Utara); Drapac (Oceania); Skydive Dubai (Timur tengah); Androni, Southeast dan Bardiani (Itali); Astana dan Tinkoff (Rusia) serta Asia yang diwakili 11 pasukan.

"Kami tidak lupa pada asal usul...Le Tour de Langkawi adalah kejohanan utama berbasikal di Asia iaitu perlumbaan tertua berstatus Hors yang diadakan di benua ini.

"Kami boleh melengkapkan penyertaan dengan senarai pasukan dari Eropah tetapi adalah menjadi tanggungjawab kami memastikan separuh daripadanya adalah dari Asia.

"Ini adalah untuk memberi peluang kepada pelumba dari benua ini bersaing dengan gergasi Tour de France seperti Astana, Tinkoff dan Dimension Data," kata Emir.

SENARAI PASUKAN LTDL 2016:

PASUKAN WORLD TOUR: Astana Pro Team (Kazakhstan), Tinkoff (Rusia) dan Dimension Data (South Africa).

PASUKAN PRO BENUA: Androni Giocattoli-Sidermec (Itali), Southeast  (Venezuela), Unitedhealthcare Professional Cycling Team (Amerika Syarikat), Drapac Professional Cycling (Australia), One Pro Cycling (United Kingdom), Bardiani CSF (Itali), Team Roth (Switzerland) dan Funvic Soul Cycles (Brazil).

PASUKAN BENUA: Terengganu Cycling Team (Malaysia), Aisan Racing Team (Jepun), Hengxiang Cycling Team (China), Pegasus Continental Cycling Team (Indonesia), KSPO (Korea Selatan), NSC-Mycron Team (Malaysia), Champion System Pro Cycling (China), 7-Eleven-Sava RBP Philippines (Filipina), Skydive Dubai Pro Cycling Team (Emiriah Arab Bersatu) dan HKSI Pro Team (China).

PASUKAN KEBANGSAAN: Malaysia - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LTdL 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan