Jupha Sumbang Pingat Gangsa Acara Scratch Elit Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 9:16 PM

Jupha Somnet.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba wanita negara, Jupha Somnet terus menampilkan aksi bertenaga untuk menyumbang pingat gangsa acara scratch elit di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Izu, Jepun pada Jumaat.

Ini adalah pingat kedua buat Jupha selepas menyumbang pingat perak dalam acara perlumbaan mata elit wanita pada hari pertama kejohanan.

Acara itu dimenangi pelumba tuan rumah, Yuni Kajihara manakala pingat perak diraih Huang Ting Ying dari Taiwan.

Pelumba muda negara, Anis Amira Rosdi, yang pertama kali beraksi di ACC,  menamatkan saingan di tempat kelima acara sama kategori remaja wanita.

Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Korea Selatan, Song Minji.

Sementara itu, dalam acara pecut elit lelaki, Mohd Azizulhasni Awang berjaya melayakkan diri ke suku akhir pada Sabtu selepas menewaskan Kang Shih Feng dari Taiwan.

Di suku akhir, beliau dijadual bertemu pelumba tuan rumah, Seiichiro Nakagawa.

Seorang lagi pelumba negara, Muhd Shah Firdaus Sahrom gagal meneruskan kemaraan dalam acara itu selepas tewas kepada Nakagawa dalam penentuan repechage.

Sebelum itu, Muhd Shah Firdaus tewas kepada pelumba China, Bao Saifei, yang memaksa beliau melalui penentuan repechage menentang Nakagawa bagi mencari peluang beraksi di suku akhir. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jupha Somnet , basikal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan