TSG Perkenal Pelumba LTdL 2016 Bulan Depan - Sukan Ekstra | mStar

TSG Perkenal Pelumba LTdL 2016 Bulan Depan

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan memperkenalkan barisan pelumbanya yang akan beraksi dalam kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016, pertengahan bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Firhan Abdul Wahab berkata TSG akan  menyenaraikan enam pelumba tempatan dan import untuk membawa cabaran TSG pada kejohanan berprestij itu.

"Pelumba kita sekarang ini masih berada dalam kem latihan di Chiang Mai,  Thailand dan kita masih belum memuktamadkan lagi pelumba yang akan mewakili TSG ke LTdL itu," katanya.

Menurut Ahmad Farhan selain memperkenalkan pelumba, TSG juga akan  memperkenalkan jersi baharu TSG yang akan digunakan dalam perlumbaan untuk musim 2016 ini.

Ahmad Farhan berkata kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan TSG kira-kira lima tahun lalu dengan matlamat untuk mengetengahkan atlet atau pelumba basikal anak kelahiran Terengganu berlumba di peringkat global.

Beliau bekata selain pelumba tempatan, TSG juga menggunakan khidmat pelumba-pelumba import bagi memantapkan lagi pasukan itu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Untuk musim 2016 ini, menurut Ahmad Farhan TSG mempunyai 11 pelumba kelahiran Terengganu dan empat pelumba import iaitu Goh Choon Huat (Singapura), Daniel Whitehouse (New Zealand), Dadi Suryadi (Indonesia) dan Mara-erdene Batmunkh (Mongolia).

Sementara pelumba tempatan terdiri daripada Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh, Mohd Saiful Anuar Aziz, Mohd Shahrul Mat Amin, Anuar Manan, Mohd Nur Umardi Rosdi, Yusrizal Usoff, Mohd Adiq Husainie Othman, Mohd Nur Amirull Fakharuddin Marzuki, Nor Imran Nor In dan Che Ku Nazmi Mohamad. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TSG , LTdL
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan