KOM Sah Tidak Iktiraf Rekod 10.26s Milik Badrul

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 8:39 PM

Badrul Hisham Abdul Manap

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam acara 100m yang dilakukan Badrul Hisham Abdul Manap tahun lepas tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan yang baharu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim selepas mesyuarat tergempar Majlis KOM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, pada Rabu.

Berikutan keputusan itu, catatan masa 10.30s yang dicipta oleh Watson Nyambek pada Terbuka Malaysia pada Julai 1990 masih kekal sebagai rekod kebangsaan acara 100m.

Beliau berkata anggota majlis KOM bersetuju untuk tidak mengiktiraf pencapaian Badrul Hisham di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) itu selepas meneliti laporan oleh Persatuan Olahraga Brunei dan Jawatankuasa Teknikal KOM.

"Bagaimanapun, semua anggota berpendapat bahawa Badrul Hisham masih muda dan boleh terus berusaha untuk mencipta rekod baharu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Pada 23 Nov lepas, Badrul Hisham, 18, mengejutkan peminat sukan olahraga tanah air apabila memadam rekod 17 tahun milik Watson.

Bagaimanapun, rekod itu tidak diiktiraf secara rasmi selepas penganjur ASG didakwa tidak mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Antara yang tidak dipatuhi adalah alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m selain bukti 'photo finish' di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF.

Dalam pada itu, Karim berkata KOM tidak boleh mengambil tindakan terhadap penganjur dan meminta supaya semua pihak mendapat pengajaran daripada insiden berkenaan agar lebih serius ketika mahu menganjurkan sebarang kejohanan.

Sementara itu, Naib Presiden MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, yang menjadi wakil MOM dalam mesyuarat itu, berharap agar Badrul Hisham tidak berputus asa dan sebaliknya terus berusaha untuk menjadi atlet olahraga yang unggul pada masa akan datang.

"Memang ini merupakan catatan yang terbaik...cuma dari segi teknikal, kita tidak boleh terimanya sebagai rekod disebabkan penganjur tidak mengikut standard teknikal antarabangsa," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan