Williams Tekad Kuasai Piala Monsun Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 5:20 PM

Ian Williams.

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Juara dunia lima kali, Ian Williams berharap dapat terus menampilkan prestasi terbaik seperti dipamerkan tahun lepas, pada saingan Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang bermula pada Isnin.

Jurugan berasal dari Britain yang mengetuai pasukan GAC Pinder pada kejohanan sukan layar itu, berkata pasukan berkenaan berazam memberi fokus terhadap saingan tersebut, di samping berusaha menguasai venue dan bot baharu mereka.

"Kamu sudah berada di sini sejak tiga hari lepas, menyesuaikan diri dengan bot dan lokasi perlumbaan yang baharu.

"Dari segi geografi, kedua-dua lokasi (sebelum ini di Danga Bay) hampir sama, tetapi arus serta angin lebih kuat sedikit di sini.

"Saya merasakan ia satu perlumbaan yang menarik. Kami semua akan mempelajari sesuatu yang baru di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kejohanan berkenaan di sini Isnin.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan kejohanan berkenaan. Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semasa majlis perasmian itu, hadirin bertafakur bagi memberi penghormatan kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang memainkan peranan sangat penting dalam pembangunan sukan layar di Malaysia.

Dalam pada itu, Williams berkata pelayar Sweden, Bjorn Hansen dan Taylor Canfield dari Amerika Syarikat masih menjadi pencabar terkuat baginya, yang  berusaha memburu kejuaraan dunia keenam pada kejohanan tersebut.

"Dari segi jumlah mata keseluruhan, kami tidak banyak beza. Setiap pasukan ini mempunyai peluang yang baik untuk muncul juara dunia," katanya.

Beliau, bagaimanapun berkata GAC Pinder adalah pasukan paling konsisten dalam keseluruhan siri perlumbaan dunia.

Selain Williams, pasukan GAC Pinder diperkuatkan oleh Gerard Mitchell, Mal Parker, Bill Hardesty dan Matt Cassidy.

Pada masa ini, Williams memiliki kelebihan dua mata berbanding Hansen yang mengutip 88 mata, diikuti Canfield yang meraih 85 mata dalam kejohanan Jelajah Dunia.

Piala Monsun Malaysia adalah pusingan akhir siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan