Alive Rampas Kedudukan Teratas RLIR

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 6:06 PM

Krew pasukan Alive dari Australia bertungkus lumus dalam saingan perlumbaan hari ketiga bagi kategori Kelas Racing pada Regatta Antarabangsa DiRaja Langkawi (RLIR) 2016 edisi ke-14 pada Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan Alive yang dikemudi Duncan Hine menyerlah di hari ketiga Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) di sini Khamis apabila merampas kedudukan sebagai pendahulu kategori Racing.

Pasukan dari Australia itu memberi saingan hebat kepada enam pasukan lain sebelum memenangi perlumbaan kelima dan keenam, sekali gus mendahului dalam saingan merebut Piala Cabaran Perdana Menteri.

Pendahulu hari kedua, Millenium Racing (Australia) yang dikemudi Ray Roberts yang mengumpul 10 mata bukan sahaja menyaksikan kedudukan mereka dipintas malah merosot ke posisi ketiga selepas juara bertahan pasukan Oi! yang dikemudi Peter Ahern memintas mereka selepas mendapat sembilan mata.

"Perlumbaan hari ini begitu baik dengan kelajuan angin antara 10 dan 15 knot. Ia menjadi kelebihan kepada kami untuk memenangi kedua-dua perlumbaan hari ini.

"Kami akan berusaha memastikan baki perlumbaan adalah milik kami dan berharap akan kekal menjadi pendahulu dalam saingan ini", kata Hine selepas tamat perlumbaan.

Pasukan itu berjaya mengumpul lapan mata keseluruhan selepas mengharungi enam perlumbaan setakat ini.

Sementara itu, wakil tunggal negara dalam kategori sama, Ulumulu yang dikemudi Jeremy Koo berada di tempat keempat keseluruhan dengan 17 mata.

RLIR 2016 edisi ke-14 disertai lebih 300 pelayar daripada 37 pasukan yang beraksi dalam lapan kategori pertandingan yang berakhir Sabtu ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Alive , RLIR

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan