Fatehah Mahu Cipta Kejutan Di Hong Kong

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 8:00 AM

Fatehah perlu mara ke pusingan final untuk menghidupkan peluang beraksi dalam acara keirin di Rio, Ogos depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kecederaan otot belakang yang masih belum pulih sepenuhnya tidak mematahkan semangat pelumba trek elit negara, Fatehah Mustapa untuk melakar kejutan pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia Siri 3 yang akan membuka tirai di Hong Kong pada 16 hingga 17 Januari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu itu berkata fokus utamanya ketika ini adalah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk mara ke pusingan final acara keirin.

"Kecederaan sudah beransur pulih tetapi kesakitan masih lagi dirasai. Insya-Allah saya sudah bersedia dan akan cuba lakukan yang terbaik untuk mara ke final nanti," katanya kepada mStar Online.

Menurut Fatehah, kejohanan tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha menambah kutipan mata untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil Ogos depan.

"Dari segi kutipan mata, saya ketinggalan di belakang pelumba Korea Selatan, Lee Hyejin. Dia masih mendahului dengan 160 mata.

"Jadi saya perlu lakukan kejutan di Hong Kong untuk memintas kutipan mata Hyejin. Dengan beberapa siri latihan yang saya lalui sama ada di gim dan trek diharap dapat membuahkan hasil," katanya.

Pelumba berusia 26 tahun itu bagaimanapun enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi tetapi menyifatkan peluang untuk menaiki podium pada kejohanan tersebut sebagai satu bonus.

"Sasaran saya untuk masuk final dahulu, kemudian baharu fikir mengenai podium. Apapun jika berjaya naik podium itu satu bonus buat saya," katanya.

Selain kejohanan ini, Fatehah perlu sekurang-kurangnya mara ke final dalam dua lagi kejohanan penting iaitu Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC), Jepun dan Kejohanan Dunia di London untuk memunggut mata akhir ke Olimpik.

"Dalam ketiga-tiga kejohanan ini, saya perlu masuk final atau naik podium bagi acara keirin. Ia peluang terakhir saya untuk mengesahkan tiket ke Olimpik," katanya.

Fateheh berlepas bersama pasukan Malaysia dari kem latihan di Melbourne ke Hong Kong pada malam Isnin.

Bagi acara pecut individu, Fatehah memberitahu di atas kertas beliau sememangnya sudah layak bertanding bagi acara tersebut di Rio.

"Saya tidak terlalu fikirkan mengenai acara pecut kerana sudah berada dalam keadaan selesa.  Cuma acara keirin masih belum lepas, semuanya bergantung kepada pencapaian saya dalam tiga kejohanan akhir ini," katanya.

Barisan pelumba negara yang akan mewakili negara di Rio hanya akan dimuktamadkan selepas Kejohanan Dunia di London yang akan berlangsung pada 2 hingga 6 Mac depan.

Pada temasya Olimpik 2012 di London, Malaysia diwakili Fatehah dan jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang.

Azizulhasni yang digelar Pocketrocketman menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam acara keirin final.




iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan