Sazali Tidak Dapat Nasihat Untuk Buka Sampel B

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 6:03 PM

Sazali (tengah) dan peguamnya Mohd Norasmawi Norani (kanan) menyerahkan surat rayuan rasmi kepada Kamaruzaman berhubung hukuman empat tahun yang dikenakan terhadapnya pada 22 September lalu setelah gagal ujian doping di Kompleks Sukan Desa Tasek pada Jumaat. Foto LOW BOON TAT / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad, yang digantung empat tahun kerana gagal ujian doping, mendakwa tiada pihak yang memberikan nasihat dan bantuan untuk membuat ujian Sampel B.

Beliau yang dikenakan hukuman itu bermula 22 September lalu, turut berkata bahan terlarang Kelas S1 yang terkandung dalam sampel air kencingnya itu mungkin disebabkan oleh suplemen yang diambilnya ketika berada di Amerika Syarikat.

"Saya menolak untuk membuat ujian Sampel B kerana tidak mendapat nasihat dan maklumat yang sepatutnya dalam menghadapi isu doping ini daripada sesiapa pun sama ada daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO), swasta mahupun pihak kerajaan tentang kesan penolakan itu yang membawa anggapan pengakuan kesalahan saya.

"Penolakan itu tidak bermakna saya mengaku bersalah, saya hanya mengakui dan menerima hasil keputusan ujian yang dijalankan oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas)," katanya pada sidang media selepas menghantar surat rayuan kepada Setiausaha Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), Kamaruzaman Kadir di Kompleks Sukan Desa Tasik di sini, Jumaat.

Timbalan Presiden PBBM, Datuk Dr Ahmad Badrus Othman dalam sidang media sebelum ini memaklumkan Sazali digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Adamas pada 1 September lepas.

Sazali, yang hadir bersama isteri merangkap pengurus dan pembantu peribadinya, Hashrine Hashim dan peguam Mohd Norasmawi Norani, berkata beliau tidak mengetahui haknya sebagai atlet untuk menghadapi Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib dan Antidoping).

"Pada Jun 2015, selepas memenangi pertandingan di World Police and Fire Games di Fairfax, Washington, saya telah singgah di pusat beli-belah dan kedai-kedai yang menjual suplemen dan ubat-ubatan berkaitan bina badan untuk beli suplemen. 

"Dalam masa yang sama, saya turut menggambil sumplemen harian seperti protein, vitamin dan sebagainya selain mencuba beberapa suplemen yang diberi secara percuma oleh rakan-rakan antarabangsa saya sepanjang lawatan saya," kata Mr Universe sebanyak 10 kali itu.

Apabila ditanya adakah suplemen tersebut diberikan kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk pemeriksaan, atlet berusia 48 tahun itu berkata: "Terlalu banyak suplemen yang saya gunakan dari dulu sampai sekarang, dan tak pernah ada yang bermasalah."

Asas-asas yang dikemukakan dalam rayuan beliau ialah kesalahan kali pertama sepanjang 25 tahun penglibatannya dalam sukan bina badan, kecuaian diri sendiri tanpa niat untuk mengambil bahan terlarang, menerima keputusan Adamas tanpa bantahan serta menjimatkan masa dan kos dengan menerima keputusan Jawatankuasa Displin itu.

Sazali, yang berharap bahawa tempoh penggantungannya dikurangkan dan diberi peluang mewakili negara, berkata beliau masih meneruskan latihan seperti biasa buat masa ini.

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, PBBM akan membentuk sebuah Jawatankuasa Rayuan untuk membincangkan perkara itu sebelum mengumumkan keputusan rayuan.

"Kita perlukan beberapa hari untuk membuat keputusan kerana untuk dua tiga hari ini kita ada beberapa program. Kita akan umumkan keputusan ini secepat mungkin kerana kita juga perlu rujuk kepada agensi-agensi yang lain. 

Menurutnya, ahli yang berada dalam jawatankuasa yang mengenakan hukuman terhadap Sazali tidak boleh menduduki Jawatankuasa Rayuan.

"Bagi Sampel B, kita beri peluang kepada beliau sama ada nak buka atau tidak, kami tidak boleh paksa dia untuk buka," katanya.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali, iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).  

Anak jati Batu Pahat, Johor itu yang digelar 'Orang Besi Malaysia', pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sazali Samad

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan