Kejuaraan Silat Kebangsaan Di Johor Medan Pesaka Pilih Pesilat Ke Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Silat Kebangsaan di Johor, Mac depan menjadi antara medan pemilihan buat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) memilih wakil negara ke Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata pemenang pada Kejuaraan Silat Kebangsaan akan digandingkan bersama pemenang pingat emas Sukan Malaysia 2016 di Sarawak serta skuad elit, sebelum satu pemilihan khas diadakan oleh Pesaka.

"Kita akan membuat keputusan muktamad berhubung pemilihan pesilat (ke Sukan SEA 2017) selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan MSN (Majlis Sukan Negara) nanti," katanya.

Bagaimanapun, Megat Zulkarnain menegaskan Pesaka tidak akan membenarkan pemenang edisi terdahulu seperti juara silat dunia, Mohd Al Jufferi Jamari menyertai Kejuaraan Silat Kebangsaan kerana mahu memberi peluang kepada pesilat muda membuktikan kemampuan mereka.

Beliau yakin skuad negara mampu melakar keputusan positif pada Sukan SEA 2017 menerusi persiapan rapi yang telah dijalankan skuad elit selain pencapaian cemerlang barisan pesilat pelapis yang meraih 15 pingat emas pada Kejuaraan Silat Remaja Dunia di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau masih menaruh keyakinan permohonan Pesaka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menambah empat lagi acara silat pada Sukan SEA 2017 akan mendapat persetujuan badan induk sukan itu.

MOM sebelum ini dilaporkan sudah meluluskan permohonan Pesaka untuk menyenaraikan 17 acara silat termasuk empat acara silat seni pada temasya sukan dwitahunan itu.

"Pesaka mengemukakan rayuan kepada MOM tapi bagi saya, biarlah Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) umumkan sendiri apakah kategori dan acara yang akan dipertandingkan nanti," kata Megat Zulkarnain. - BERNAMA




Tags / Kata Kunci: pesilat , Pesaka , Sukan SEA 2017

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan