Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Silat Remaja Dunia Buat Julung Kali

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 9:16 PM

Para pesilat muda negara bersorak kegembiraan setelah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Silat Remaja Dunia yang berakhir pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara menamatkan aksi mereka dengan bergaya apabila menambah lima lagi pingat emas pada hari terakhir Kejuaraan Silat Remaja Dunia 2015 untuk muncul juara keseluruhan buat julung kalinya.

Tambahan lima emas berkenaan menerusi acara silat olahraga menyaksikan Malaysia mengumpulkan 15 pingat emas, enam perak dan lima gangsa.

Vietnam berada di tangga kedua dengan sembilan emas, tujuh perak dan lapan gangsa manakala Singapura di tempat ketiga menerusi kutipan dua emas, lima perak dan lapan gangsa.

Pada hari terakhir kejohanan di Stadium Titiwangsa, di sini, Muhamad Muizzuddin Muzafar menyumbang pingat emas ke-11 negara menerusi kemenangan percuma dalam kelas Putera L (83-87kg) setelah juri membatalkan penyertaan Arlahudin Arwae dari Thailand yang dikatakan beratnya kurang daripada 83kg.

Pingat emas ke-12 disumbang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tok Adis, Kuala Terengganu, Nurul Khaiza Khairudin yang mengalahkan pesilat Indonesia, Nata Saumi menerusi kemenangan 5-0 dalam kelas Puteri C (47-51kg).

Pesilat lelaki terbaik kejohanan, Noor Aiman Afiq Mohd Noor menghadiahkan pingat emas ke-13 setelah menang 5-0 ke atas pesilat Vietnam, Pham Van Tien dalam kelas Putera E (55-59kg).

Muhamad Allif Hakimi Azhar menyumbang pingat emas ke-14 selepas menewaskan pesilat Vietnam, Vuong Quoc Quan 5-0 dalam kelas Putera G (63-67kg) sebelum Mohamad Hazim Amzad memastikan kejayaan cemerlang negara dengan mengalahkan Muhammad Riansyauqi Mistam dari Singapura dalam kelas Putera C (47-51kg).

Dalam pada itu, pengurus pasukan negara, Abdul Wahid Abu Talib berpuas hati dengan pencapaian cemerlang yang dilakar pesilat kebangsaan pada edisi ketiga kejohanan walaupun mereka hanya sempat berlatih selama dua bulan sahaja.

Beliau bagaimanapun mengakui pesilat negara perlu lebih banyak didedahkan dengan kejohanan antarabangsa bagi menyaingi pesilat Singapura, Thailand dan Indonesia yang mendominasi acara silat olahraga pada kejohanan kali ini.

"Saya akui kelengkapan latihan amat kurang selain persiapan kita terutamanya silat olahraga amat pendek tapi alhamdulillah atlet kita begitu bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan," katanya.

Berkongsi pandangan sama adalah Mohamad Hazim, 14, yang bangga kerana menjadi antara penyumbang pingat emas untuk kontinjen negara pada kejohanan kali ini.

"Saya mendedikasikan pingat emas ini kepada ibu bapa saya, jurulatih danjuga rakan sepasukan lain yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," jelas atlet kelahiran Pahang itu yang mengintai peluang mewakili negerinya pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak. -Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan