Silat Remaja Dunia: Malaysia Hampiri Gelaran Juara Keseluruhan

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 9:47 PM

Muhammad Allif Hakimi Azhar (tengah) ketika beraksi menentang pesilat Bangladesh Md. Mohsin (kanan) pada pusingan separuh akhir Kejohanan Silat Remaja Dunia 2015 bagi kategori Putera Kelas G pada Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara mencerahkan peluang munculjuara keseluruhan Kejuaraan Silat Remaja Dunia 2015 selepas dua lagi pesilat negara menempah tiket ke final di Stadium Titiwangsa, Rabu.

Kejayaan dua pesilat negara itu menyaksikan Malaysia kini mempunyai 14 wakil termasuk tujuh pesilat yang bakal beraksi dalam final kategori silat olahraga, malam ini.

Untuk rekod, Malaysia masih unggul mendahului kedudukan pingat setelah menang lima daripada 28 emas yang ditawarkan selepas memenangi acara Ganda Putera dan Puteri, silat seni tunggal Putera dan Puteri selain kategori silatseni berpasukan lelaki.

Pada aksi separuh akhir hari ini, pelajar Sekolah Seri Titiwangsa, Muhamad Shahrul Hafizi Shafian mudah mengalahkan pesilat Vietnam, Phung Minh Hoan dengan 5-0 dalam kategori Putera Kelas B (43-47kg).

Muhammad Allif Hakimi Azhar yang beraksi dalam kategori Kelas Putera E(63-67kg) pula meraih kemenangan pada pusingan kedua setelah juri pertandingan mendapati lawannya, Md Mohsin dari Bangladesh tidak cergas untuk meneruskan pertarungan susulan asakan bertali arus daripada Muhammad Allif.

Dalam pada itu, dua wakil negara gagal meneruskan kemaraan ke final setelahkalah kepada lawan masing-masing.

Nur Izzaty Natasha Kamaruddin nyata bukan tandingan pesilat Vietnam, TranThi Nhuang apabila tewas mudah 0-5 dalam kelas Puteri B (43-47kg).

Nasib sama turut menimpa seorang lagi wakil negara, Aizad Akbar yang kalah 0-5 kepada pesilat Singapura, Muhammad Hazim Mohamad Yusli dalam kelas Putera A (39-43kg).

Sementara itu, Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan SriMohd Ali Rustam yang ditemui pemberita pada kejohanan berkenaan, memuji persembahan cemerlang yang ditampilkan barisan pesilat negara di kejohanan itu.

Pada masa sama, beliau gembira dengan sambutan hangat yang diberikan penonton terutamanya dalam kalangan generasi muda terhadap kejohanan yang bermula sejak Sabtu lepas.

"Kita harap sasaran sembilan emas yang ditetapkan Pesaka sebelum ini akan tercapai," kata Mohd Ali.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kejohanan Silat Remaja Dunia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan