Rekod Tidak Sah Bukan Salah Badrul Hisham - Zainal Abbas

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 7:51 PM

Badrul Hisham Abdul Manap.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Bukan silap Badrul (Hisham Abdul Manap) jika terbukti rekod kebangsaan 100m di Sukan Sekolah ASEAN di Brunei tidak sah, sebaliknya ia kesilapan penganjur.

"Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abbas mengakui kesilapan itu pasti mengecewakan Badrul Hisham, namun beliau percaya prestasi atlet itu tidak akan terjejas dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Ini sememangnya bukan salah Badrul...sebagai pelari beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Jika rekodnya itu tidak sah, beliau boleh cipta rekod baharu pada kejohanan lain.

"Bagi saya Badrul telah mempamerkan satu prestasi cemerlang dan membuktikan keupayaannya dalam larian, cuma nasib tidak menyebelahinya," katanya.

Badrul Hisham mencipta sejarah apabila memecah rekod kebangsaan 100m di kejohanan itu menerusi catatan 10.29 saat, sekali gus memadamkan rekod 10.30s yang dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun.

Zainal berkata sebagai penganjur, Persatuan Olahraga Brunei (BAA) perlu memastikan mereka mengikuti segala piawaian yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Katanya lagi bukan menjadi tanggungjawab jurulatih ataupun pelari untuk memastikan penganjur mengikut syarat dan terma yang ditetapkan badan induk olahraga dunia.

Zainal berkata selaku jurulatih beliau hanya menghantar laporan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai rekod yang dilakukan Badrul Hisham dan kesahihan rekod berkenaan perlu diuruskan badan induk itu.

"Kita sudah serahkan segala rekod kepada KOM dan terpulang kepada mereka untuk dapatkan penjelasan yang lebih tepat daripada penganjur dan BAA. Saya sudah maklumkan kepada KOM mengenai isu ini," katanya.

Media elektronik tempatan pada Selasa mendakwa rekod kebangsaan Badrul Hisham dianggap tidak sah berikutan kegagalan penganjur di Brunei mengikut spesifikasi ditetapkan IAAF.

Antara yang tidak dipatuhi adalah alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m selain bukti 'photofinish' di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Badrul Hisham Abdul Manap , 100m

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan