'Drama Bersiri' FAM Ungguli Arena Sukan Negara Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

TAHUN ini dianggap sebagai tahun penuh ‘drama’ dengan pelbagai kisah beremosi yang terpaksa dilalui bukan sahaja oleh atlet dan pihak pengurusan tetapi kepada peminat-peminat sukan tanah air ini sendiri.

Kisah paling panas tahun ini, pastinya acara bola sepak. Kekalahan 10-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada 3 September lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila malah telah terpalit dalam sejarah bola sepak negar.

Kekalahan tersebut dianggap rekod terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia dan Dollah Salleh mengaku bertanggungjawab seterusnya meletak jawatan selaku jurulatih kebangsaan selepas perlawanan itu.

Sebenarnya cerita hambar bola sepak negara sudah bermula sejak pertengahan tahun apabila skuad Bawah 23 Tahun (B-23) telah mempamerkan aksi memalukan apabila tersingkir awal dalam saingan Sukan SEA di Singapura pada Jun lalu.

Biarpun berlainan kategori dan kejohanan, hakikatnya cerita yang dihidangkan adalah sama!

Tambah pahitnya sukan bola sepak negara terus dikritik disebabkan oleh kelakuan liar segelintir peminat bola sepak tempatan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam ketika bertemu Arab Saudi (8 Sept).

Keadaan huru-hara membakar suar di stadium itu menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda RM180,000 dan beraksi tanpa penonton oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Ada juga yang mendakwa ia sebahagian daripada 'respon' penonton yang bosan dengan 'drama FAM' yang tidak pernah tamat walaupun pelbagai janji dan impian diumum setiap pemimpin selepas dilantik memegang sesuatu jawatan tertinggi.

Kisah malang skuad kebangsaan itu sedikit sebanyak dapat ditenangkan  seketika dengan aksi skuad muda Bawah 13 Tahun Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang berjaya mencuri tumpuan dengan keputusan memberangsangkan di Eropah ketika siri Jelajah Eropah dan Jelajah UK baru-baru ini.

Biarpun kebanyakan perlawanan skuad DNA negara ini lebih kepada aksi persahabatan, mereka berjaya menunjukkan corak permainan yang setaraf dengan kelab elit bola sepak Eropah.

Kejayaan skuad JDT menjulang trofi juara Piala AFC buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara  baru-baru ini membantu menghidupkan kembali keghairahan bola sepak Malaysia.

Selain sukan bola sepak, isu doping juga menjadi topik utama bagi sukan tanah air sejak awal tahun lagi apabila ia melibatkan jaguh badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei sah digantung lapan bulan kerana penggunaan bahan terlarang dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, pada Ogos 2014.

Kes doping Chong Wei mendapat perhatian pelbagai pihak. Beliau dibenarkan kembali beraksi bermula 1 Mei tahun ini.

Dalam pada itu, acara badminton negara juga mencatat kenangan paling manis apabila Goh Jin Wei, 15, menjadi pemain perseorangan wanita pertama Malaysia muncul juara di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru.

Selain itu acara olahraga tidak ketinggalan mencipta sejarah sukan 2015 apabila atletnya, Badrul Hisham Abdul Manap meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter yang dipegang bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek selama 17 tahun ketika Kejohanan Sukan Sekolah Asean bulan lalu.

Seterusnya kenangan manis kejayaan kontinjen negara pada temasya Sukan SEA di Singapura yang meraih 68 pingat emas sekaligus merupakan pencapaian kedua terbaik di luar Kuala Lumpur selepas edisi 2007 di Korat.

Langkah berani menyenaraikan atlet pelapis ke Singapura itu tampaknya membuahkan hasil dan sesuatu yang positif menjelang Sukan SEA 2017  di Kuala Lumpur nanti.

Tidak ketinggalan, atlet paralimpik juga turut  membawa nama Malaysia di kedudukan terbaik dengan menamatkan cabaran di Sukan Para Asean di Singapura di tempat ketiga keseluruhan apabila meraih 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu pihaknya akan menyediakan pelan terbaik bagi memastikan kontinjen paralimpik negara muncul juara ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017.

Tahun ini juga menyaksikan langkah lebih serius diambil bagi memastikan bukan hanya acara bola sepak sahaja diberi perhatian sebaliknya acara-acara sukan lain yang berpotensi menyumbang kejayaan besar kepada negara suatu hari nanti.

Dengan itu, blueprint  Pelan Pembangunan Sukan Negara yang membabitkan 15 jenis sukan bermula 2015 -2023 telah diumumkan pada Oktober lalu oleh Khairy.

Pada tahun ini juga tercipta satu lagi sejarah sukan tanah air apabila Hari Sukan Negara secara rasminya dilancarkan melibatkan 17,000 acara sukan berlangsung di seluruh negara pada 10 Oktober lalu sehingga mencatat Malaysia Book of Records.

Hari Sukan Negara akan disambut setiap hari Sabtu pertama Oktober bukan sekadar untuk mencari bintang sukan negara tetapi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.

Selain itu, acara skuasy tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah kejayaan pemain negara, namun kali ini ceritanya berbeza apabila Kejohaan Skuasy Wanita Dunia yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur pada 11-18 Disember lalu ditangguhkan dengan alasan keselamatan oleh pihak penganjur.

Kumpulan Hallmark Events selaku penganjur meminta RM3.5 bagi pengurusan kawalan keselamatan swasta dan ianya dianggap mengugut kerajaan Malaysia.

Tahun ini juga menyaksikan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David melalui musim sukar dan terpaksa akur untuk melepaskan gelaran No.1 dunia yang dipegang selama 109 bulan kepada pemain Mesir, Raneem El Welily pada 15 September lalu.

Terkini Nicol berada di ranking ketiga dunia di belakang, Laura Massaro.

Tirai 2015 bakal ditutup dengan insiden terbaharu atlet negara yang gagal dalam ujian doping iaitu Mr Universe 10 kali, Sazali Samad.

Sazali, 48, didapati bersalah menggunakan bahan terlarang digantung empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM).

Pun begitu, masih menjadi tanda tanya mengenai kisah sebenar yang berlaku sehingga dijatuhi hukuman yang boleh menjejaskan masa depannya.

Sehingga kini, semua pihak masih menunggu penjelasan lanjut daripada mulut Mr Asia sembilan kali itu.

Tags / Kata Kunci: FAM , Doping , Fifa AFC , JDT , Badminton , Hari Sukan Negara

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan