Litar Sepang Ditutup Untuk Kerja Naik Taraf

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menutup trek perlumbaannya dari 15 Feb hingga 8 Mei tahun depan bagi kerja baik pulih dan naik taraf, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali.

"Tempoh lima tahun lepas telah menyaksikan 98 peratus penggunaan trek sepanjang tempoh itu, daripada acara besar antarabangsa sehinggakan tempahan persendirian.

"Acara-acara berkenaan telah menjadikan litar mendapat pengiktirafan lebih tinggi, dan selaras dengan perkembangan itu, menjadi kewajipan SIC untuk terus menawarkan pengalaman terbaik dan tahap terbaik dari segi keselamatan bagi semua penggguna litar," katanya.

Kerja naik taraf itu susulan yang terakhir dilakukan adalah pada 2007.

Beliau berkata kerja baik pulih dan naik taraf itu dijadualkan pada 2016 berdasarkan syarat ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), untuk memastikan litar terus mematuhi piawaian antarabangsa.

Razlan berkata kerja naik taraf itu akan melibatkan keseluruhan 5.54 kilometer litar bertaraf dunia itu, dan ia merupakan syarat wajib bagi memastikan trek Sepang terus disenarai dalam FIA dan FIM, masing-masing sebagai litar Gred Satu dan Gred A.

Kerja baik pulih dan naik taraf itu akan termasuk membaiki dan menaik taraf sistem perparitan; kawasan 'kerbs and the tarmac run-off' serta kawasan 'gravel bed' di Turn One dan 15, katanya.

"Sepertimana semua kemudahan lain dan khususnya litar, kerja penyenggaraan merupakan keutamaan, dan kerja baik pulih dan naik taraf adalah perlu untuk memastikan litar di Malaysia berada dalam keadaan memuaskan dan berkualiti tinggi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Litar Sepang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan