Tiga Faktor Kes Doping Atlet Meningkat - Jegathesan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah atlet negara yang gagal ujian doping semakin meningkat berpunca daripada tiga faktor, kata bekas pelari pecut negara, Tan Sri Dr M. Jegathesan.

Dr Jegathesan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) serta Suruhanjaya Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) turut berkata doping bukan hanya masalah di Malaysia tetapi adalah masalah sejagat. 

"Kami melakukan yang terbaik agar atlet kita tidak terlibat dengan masalah doping. Atlet mungkin terlibat dengan tiga cara.

"Pertama, mereka jahil dan melakukan kesilapan. Kedua, atlet menjadi mangsa apabila seseorang memberikan kepada mereka.

"Akhir sekali, mereka mengambilnya dengan sengaja. Setakat ini apa yang kita lihat ramai atlet Malaysia berada dalam dua kategori pertama," katanya kepada pemberita.

Dr Jegathesan yang turut dikenali sebagai 'Doktor Terbang' selepas memenangi pingat emas acara 100 meter, 200m dan 4x100m di Sukan Asia Bangkok 1966 berkata demikian ketika diminta mengulas skandal doping arena sukan negara.

Mr Universe 10 kali, Sazali Samad, dikatakan adalah atlet terbaru negara yang gagal dalam ujian doping.

Sazali, 47, yang juga juara Mr Asia sembilan kali, dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Rabu lepas yang membincangkan kes doping.

Sebelum ini, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diuji positif dengan bahan larangan dexamethasone dan digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas gagal dalam ujian doping sewaktu Kejohanan Dunia 2014.

Atlet Malaysia lain yang turut gagal ujian doping adalah peserta wushu, Tai Cheau Xuen, pelumba basikal trek, Mohd Shah Firdaus Sahrom serta Mohd Azril Huzairi Ramli dan Jelinie Empera, kedua-duanya dari sukan angkat berat.

Bagi mengelakkan masalah sama, Dr Jegathesan berharap Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), persatuan dan badan sukan dapat mendidik atlet mereka dari semasa ke semasa agar terhindar daripada melakukan kesalahan doping.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan