Dr Jega Penerima Sulung Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MOM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 7:00 AM

Dr M. Jegathesan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pelari pecut Olimpik, Tan Sri Dr M. Jegathesan dinobatkan sebagai penerima sulung Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Majlis Jamuan Malam Tahunan dan Penyampaian Anugerah ke-23 majlis itu, di sini malam Khamis.

Dr Jega, yang juga dikenali sebagai 'Flying Doctor' kerana kelajuan luar biasa lariannya, dinamakan sebagai lelaki terpantas di Asia selepas meraih pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m lelaki pada Sukan Asia Bangkok 1966.

"Saya rasa terharu kerana ini adalah sesuatu yang baharu dan agak memeranjatkan sebab mereka (MOM) mengadakan anugerah ini dan memilih saya sebagai penerima pertamanya. Saya berdamping rapat dengan sukan sejak sekian lama.

"Ini adalah suatu tanda ingatan kepada saya bagi semua peranan berat yang telah saya mainkan dalam MOM...Sebagai atlet, Chef de Mission, doktor pasukan dan wakil dalam pelbagai badan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di Wisma OCM di sini.

Beliau juga mengambil bahagian dalam tiga Sukan Olimpik secara berturut-turut ketika itu, yang dianggap sebagai era kegemilangan olahraga Malaysia - edisi 1960 di Rome, edisi 1964 di Tokyo dan edisi 1968 di Mexico.

Pada majlis sama, KRU Studios menerima Trofi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) 2015 bagi kategori 'Sukan dan Inovasi' daripada MOM.

Kemenangan itu merupakan penghormatan terhadap KRU Studios kerana mencipta, menerbitkan dan mempersembahkan lagu tema khas kontinjen Malaysia untuk julung kalinya pada Sukan SEA 2015 SEA Games, yang berjudul 'Kuasa Juara' (the Power of Champions).

Lagu itu memberi inspirasi kepada atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka dan sekali gus memenangi 62 pingat emas, 58 perak dan 66 gangsa, yang merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara pada Sukan SEA di luar Malaysia.

Trofi MOM pula, yang diberi sebagai tanda penghargaan terhadap tokoh atau organisasi terkemuka kerana sumbangan mereka dalam bidang sukan sejak 1985 dimenangi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC).

Ibu bapa kepada pemenang pingat emas berganda acara ski air pada Sukan SEA Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah, Hanifah Yoong Yin Fah dan Norzeela Sulaiman, memenangi Anugerah Wanita dan Kerjasama Sukan 2015.

Ibu dan bapa Aaliyah, Aiden Yoong Hanifah dan Adam Yoong Hanifah, telah mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan nilai Olimpik terbaik untuk memenangi pelbagai kejuaraan antarabangsa ketika barusia masih muda, di samping membimbing dan menjadi setiausaha Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia  (MWWF).

Pada Sukan SEA 2011, Aaliyah muncul sebagai pemenang pingat emas termuda dalam sejarah sukan itu sejak ia diadakan pada 1959 dengan meraih gelaran juara bagi acara Tricks.

MOM juga mengabadikan nama tiga bekas atlet dan empat pasukan di Dewan Kemasyhurannya iaitu pemain ping pong, Soong Poh Wah, perenang Jeffrey Ong dan pemain hoki Yang Siow Ming, manakala pasukan sukan pula ialah skuad Piala Thomas 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, pemain ping pong Soong Poh Wah, perenang Jeffrey Ong, bekas naib presiden MOM Datuk Roy Rajasingham dan bekas wartawan News Straits Times (NST) dan Malay Mail, Tony Francis adalah antara 13 orang yang nama mereka diabadikan di Dewan Kemasyhuran MOM tahun ini.

Senarai penuh pemenang:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MOM: Tan Sri Dr. M. Jegathesan

Trofi IOC: KRU Studios

Diploma Pencapaian IOC: Kalaivalli R. Ratnam

Nama yang diabadikan di Dewan Kemasyhuran MOM:

Bekas atlet negara:

1. Soong Poh Wah (Ping pong)

2. Jeffrey Ong (Renang)

3. Yang Siow Ming (Hoki)

Sukan berpasukan:

1. Piala Thomas 1952 (Wong Peng Soon, Ooi Teik Hock, Ong Poh Lim, Chan Kon Leong, Abdullah Piruz dan Ismail Marjan)

2. Piala Thomas 1955 (Wong Peng Soon, Ooi Teik Hock, Ong Poh Lim, Eddie Chong, Lim Kee Fong dan Tan Jin Eong)

3. Piala Thomas 1967 (Tan Aik Huang, Yew Cheng Hoe, Teh Kew San, Ng Boon Bee, Tan Yee Khan, Billie Ng dan Omar Manaf)

4. Piala Thomas 1992 (Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek, Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang dan Wong Ewe Mun)

Pegawai Sukan Cemerlang:

1. Mendiang Edwin Chong (Renang dan MOM)

2. Datuk Roy Rajasingham (Hoki, Taekwondo dan MOM)

3. Datuk A. Sani Karim (Skuasy dan MOM)

4. Datuk Wira Mazlan Ahmad (Berbasikal dan MSN)

5. Datuk Yeoh Choo Hock (Bola Keranjang)

Anugerah Tahunan Wanita dan Sukan MOM:

1. Anugerah Wanita dan Sukan MOM: Tengku Datin Seri Noor Hazah Tengku Aziz Shah

2. Anugerah Wanita dan Kerjasama Sukan MOM: Hanifah Yoong Yin Fah dan Norzeela Sulaiman

3.Anugerah Wanita dan Pembangunan Sukan Peringkat Akar Umbi MOM: Chee Geok Song

4. Anugerah Wanita dan Pembangunan Teknikal Sukan MOM: Marry Lee Cheng Sim - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dr M. Jegathesan , Flying Doctor , MOM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan