"Tunggu Minggu Depan" - Sazali Samad

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 8:18 PM

Sazali Samad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Mr Universe' Sazali Samad akan menjelaskan perkara berhubung dakwaan positif doping yang dikaitkan dengan dirinya pada minggu depan.

Sazali pada Rabu dilihat menghadiri prosiding pendengaran doping dengan Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, di sini Rabu.

Ketika dihubungi beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang komen lanjut dengan perkara tersebut buat masa ini.

"Maaf, saya tiada nak komen apa-apa, tunggu minggu depan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang atlet bina badan dikatakan gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas sebelum kontinjen negara berangkat ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia ke-49 bermula 29 September hingga 5 Oktober.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014).

Beliau yang digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Sementara itu Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir enggan mengesahkan atlet yang positif doping itu adalah Sazali.

Kamaruzaman berkata presiden badan induk sukan itu sendiri akan mengumumkan nama atlet terbabit minggu depan.

Katanya atlet berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun yang ditetapkan oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA).

"Apabila ada kesalahan akan dikenakan hukuman sewajarnya. Atlet itu juga tidak mahu membuat ujian sample B. Kami memberi beliau (atlet) peluang untuk bercakap dan menjelaskan perkara itu pada minggu depan," katanya kepada pemberita.

Kamaruzaman berkata seseorang atlet sepatutnya tidak mengambil jalan mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa dalam tempoh yang singkat kerana masih ada banyak kaedah lain. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sazali Samad , Mr Universe , doping

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan