JM2015: Platini Juara Peringkat Keempat, Rampas Jersi Biru

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 8:08 PM

Mancebo (dua,kiri) mempertahankan Jersi Kuning diikuti rakan sepasukannya Andrea Palini (dua,kanan) yang diumumkan sebagai Raja Pecut manakala gelaran Raja Bukit dan Pelumba Muda Terbaik Keseluruhan masih dipegang oleh pelumba dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin (kiri) dan dari pasukan Korea National Team, Kim Ok Cheol (kanan) pada peringkat keempat Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2015 dari Berjaya Times Square, ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Putrajaya sejauh 115.3 KM pada Sabtu. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelumba Itali, Andrea Palini merampas jersi biru daripada rakan sepasukan Francisco Mancebo selepas menjuarai peringkat keempat perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2015 (JM2015), di sini Sabtu.

Pelumba berusia 26 tahun itu menamatkan laluan kedua terpanjang dalam edisi kali kini iaitu 115.3km dari Berjaya Times Square di Jalam Imbi ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini dengan catatan masa dua jam, 42 minit dan 22 saat.

Kejayaan itu membolehkan Palini, yang mewakili pasukan Dubai Pro CyclingTeam, merampas jersi biru daripada Mancebo, dengan 26 mata, kelebihan satu mata daripada pencabar terdekat, Park Sung Baek dari Korea Selatan.

"Perlumbaan ini adalah sukar kerana banyak serangan daripada pelumba lain selepas zon pendakian. Saya gembira untuk menang peringkat ini dengan bantuan dua rakan sepasukan," kata Palini.

"Walaupun objektif pasukan untuk menjuarai jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan, saya akan cuba mengekalkan jersi biru ini pada peringkat akhir esok," katanya.

Pencapaian hari ini merupakan kejayaan enam peringkat tahun ini bagi Palini selepas Jelajah Mesir (dua peringkat), La Tropicale Amissa Bongo (satu) dan menang dua peringkat pada Jelajah Hainan.

Dalam pada itu, Mancebo berazam untuk mengekalkan jersi kuning pada peringkat akhir Ahad.

"Matlamat pertama untuk mengekalkan jersi kuning dan pasukan berusaha keras untuk membantu saya mengekalkan jersi ini. Saya fikir pasukan akan mempunyai strategi untuk mencapai sasaran ini," kata pelumba Sepanyol berusia 39 tahun itu.

Mancebo mengekalkan jersi kuning dengan mengumpul catatan masa 8'48:53 sselepas empat peringkat.

Sementara itu, jersi merah, selaku Raja Bukit masih menjadi milik pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Marzuki selepas mengumpul 14 mata.

Biarpun berkongsi mata dengan pelumba Iran, Hamid Beikkhormizi daripada pasukan Pishgaman Giant Team, komisar perlumbaan memutuskan jersi itu masih menjadi milik Nur Amirul selepas pelumba itu menjuarai tiga zon pendakian.

Pada perlumbaan Sabtu, Nur Amirul menjuarai zon pendakian pertama di Look Out Point Ampang selepas dua kejuaraan zon pendakian pada perlumbaan peringkat pertama Rabu lepas manakala Beikkhormizi hanya menang satu zon pendakian.

Jelajah Malaysia 2015 akan melabuhkan tirainya Ahad dengan perlumbaan peringkat akhir sejauh 47km dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jelajah Malaysia , Andrea Palini

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan