Peruntukan RM50,000 Untuk Persatuan Hoki Negeri - Subahan

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 7:37 PM

Subahan (kanan) bersama Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Kay dan Presiden Persekutuan Hoki Asia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memperuntukan RM50,000 kepada setiap daripada 14 persatuan hoki negeri bagi penganjuran liga peringkat negeri bermula tahun depan.

Presidennya Datuk Seri Subahan Kamal berkata peruntukan yang turut diberikan kepada Persatuan Hoki Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia itu adalah sebahagian daripada tajaan RM20 juta yang disalurkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini.

Subahan berkata ahli lembaga eksekutif badan induk sukan hoki itu akan menyenaraikan kriteria yang perlu dipatuhi persatuan negeri untuk mendapatkan peruntukan itu.

Kriteria itu akan dinilai Pengerusi Pertandingan KHM, George Koshy yang juga merupakan timbalan presiden badan induk itu. "Kalau diikutkan hanya beberapa negeri sahaja yang menganjurkan liga peringkat negeri - Kuala Lumpur, Johor, Perak, Selangor dan baru-baru ini Melaka.

"Setiap persatuan perlu memenuhi kriteria seperti format pertandingan. Mereka perlu membentang kertas kerja tentang kejohanan liga yang mahu diadakan di negeri masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara KHM dan Astro Arena pada Khamis.

Astro Arena melabur kira-kira RM60 juta dalam KHM bagi tempoh lapan tahun bermula 2015-2023.

KHM juga mendapat RM18 juta daripada penajaan Astro Arena yang akan digunakan untuk pembangunan hoki negara.

Baki tajaan merangkumi bayaran penyiaran serta kos produksi dan pemasaran.

Melalui penajaan itu juga, Astro Arena akan menyiarkan hampir setiap perlawanan hoki di Malaysia.

Dalam pada itu, Subahan yang baharu tujuh bulan memegang jawatan tertinggi badan induk sukan hoki negara berkata hutang persatuan berjumlah RM2.9 juta kini berbaki RM650,000 sahaja. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan