JM 2015: Mancebo Kuasai Peringkat Pertama, Sarung Jersi Kuning

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 7:41 PM

Mancebo melintasi garisan penamat bersendirian dengan catatan masa tiga jam, 31 minit, 55 saat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelumba Sepanyol Francisco Mancebo yang mewakili Skydive Dubai Pro Cycling Team memenangi peringkat pertama kejohanan berbasikal Jelajah Malaysia 2015 (JM2015) pada Rabu.

Bekas pelumba profesional jelajah itu melintasi garisan penamat bersendirian dengan catatan masa tiga jam, 31 minit, 55 saat.

Selain menang perlumbaan peringkat, Mancebo turut mengungguli jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi biru sebagai pendahulu pertandingan pecut.

Perlumbaan peringkat pertama meliputi jarak 159 kilometer berlepas dari Menara DBKL, Kuala Lumpur dan tamat di hadapan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

"Mampu menang peringkat pertama perlumbaan merupakan sesuatu yang sangat baik, terutamanya berjaya melintasi garisan penamat secara solo.

"Pelumbaan hari ini sangat sukar dan cuaca juga sangat panas. Pasukan saya berjaya melakukan pelolosan dan kami saling membantu," kata pelumbu berusia 39 tahun yang pernah menduduki tempat keenam Tour de France 2004 dan tempat keempat keseluruhan pada tahun berikutnya.

Mancebo berkata pasukannya kini perlu berusaha keras bagi mengekalkan jersikuning yang dikuasainya daripada dirampas pelumba pasukan lain.

"Pasukan kami akan menggunakan strategi lain untuk perlumbaan esok (Khamis) bagi mengawal perlumbaan," katanya.

Sementara itu, pelumba negara Nur Amirul Marzuki yang mewakili Terengganu Cycling Team memenangi jersi merah selepas mengumpul lapan mata dari dua zon pendakian di Bukit Templer dan Batu Arang.

"Saya gembira rakan sepasukan membantu saya memenangi jersi merah dan akan cuba mempertahankannya sehingga ke peringkat akhir perlumbaan," kata pelumba berusia 23 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu. -

Di belakangnya dengan empat mata ialah pelumba Pishgaman Giant Team, Hamid Beikkhormizi dari Iran, sementara pelumba Pegasus Continental Cycling Team, Arin Iswana dari Indonesia menduduki tempat ketiga dengan satu mata.

Selepas menempuh laluan jauh dan berbukit perlumbaan lima peringkat, JM2015 menyaksikan hanya 87 daripada 110 pelumba yang kekal untuk Ujian Masa Berpasukan (TTT) pada Khamis. 

TTT merupakan acara yang baharu diperkenalkan pada edisi ke-51 Jelajah Malaysia.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jelajah Malaysia 2015

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan