WWC: Pemain Negara Gagal Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 9:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain negara gagal melangkah ke separuh akhir boling acara perseorangan Kejohanan Wanita Dunia (WWC) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Isnin.

Tiada seorang pun daripada enam pemain negara yang berada di kelompok empat terbaik untuk layak ke separuh akhir yang dijadualkan pada Rabu.

Setiausaha agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) George Tan dalam kenyataannya berkata pencapaian terbaik pemain negara di pusingan awal membabitkan enam permainan itu adalah muka baru, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, yang menduduki tempat ke-10 selepas mencatat 1,327 jatuhan pin.

Ini diikuti pemain berpengalaman dan juara 2005, Esther Cheah yang mengumpulkan 1,306 jatuhan pin untuk berada di tempat ke-14.

Natasha Roslan, yang turut membuat penampilan pertama di kejohanan ini, berada di tempat ke-20 dengan 1,274 pin.

Pemain Malaysia yang lain ialah Sin Li Jane (1,245), Sharon Koh (1,206) dan Victoria Chin (1,141).

Dua pemain Korea Selatan, Jeon Eun-hee dan Hwang Yeon-ju menduduki dua tempat teratas, masing-masing dengan 1,457 dan 1,408 pin dan mereka akan bersaing dengan dua wakil Singapura, Cherie Tan dan Shayna Ng, di separuh akhir selepas mereka mencatat 1,395 dan 1,366 pin.

Pemain negara akan turun beraksi sekali lagi pada Selasa untuk kategori trio. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: WWC , boling

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan