Prestasi Skuad Hoki Remaja Mengecewakan - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 9:20 PM

Skuad remaja negara menamatkan saingan Piala Remaja Asia di tempat kelima.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegagalan skuad hoki remaja negara melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2016 adalah sangat mengecewakan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Sangat mengecewakan terutama apabila pasukan negara sudah membuat persediaan rapi tetapi mereka tewas, sedangkan mereka mendahului dengan selesa. Kemenangan sudah ada dalam tangan tetapi terlepas.

"Kita harus melihat pada post-mortem punca kegagalan itu berlaku...sama ada fokus, ketahanan mental atau strategi," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Sekolah Bola Sepak Chelsea FC Malaysia di Pusat Sukan NPNG, Damansara pada Isnin.

Khairy berkata skuad negara sudah hampir meraih kemenangan ke atas Korea Selatan di suku akhir Piala Remaja Asia minggu lepas, namun membenarkan lawan menjaringkan dua gol untuk mengikat kedudukan 3-3 ketika permainan hanya berbaki dua minit sebelum lawan menang 4-1 menerusi penentuan penalti.

Skuad bimbingan A. Arul Selvaraj mengakhiri cabaran Piala Remaja Asia dengan menduduki tempat kelima selepas membelasah Bangladesh 8-0 di Stadium HokiKuantan, Pahang pada Ahad.

Sementara itu, Pusat Sukan NPNG melabur sebanyak RM1.1 juta untuk menyediakan kemudahan padang tiruan berwarna biru yang menepati standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengarah Eksekutif Pusat Sukan NPNG, Ahmad Khalif Tan Sri Mustapha Kamal berkata padang tiruan berwarna biru berukuran 52 x 90 meter itu dibuat daripada rumput tiruan jenis Edel yang diimport dari Belanda.

Pusat sukan itu turut bekerjasama dengan Kelab Liga Inggeris, Chelsea turut melancarkan Sekolah Kelab Bola Sepak Chelsea pertama di Malaysia.

"NPNG telah ditubuhkan lebih 11 tahun. Kita telah bekerjasama dengan Chelsea FC selama empat tahun, kini kami mewujudkan Sekolah Kelab Bola Sepak Chelsea yang mampu menempatkan 300 pemain bawah 19 tahun," kata Ahmad Khalif.

Katanya pemain daripada kelab itu akan menyertai perlawanan membabitkan pasukan dari Asia di Bangkok, Thailand tahun depan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Hoki Remaja , Piala Remaja Asia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan