UFC: Holm Tumbangkan Rousey Dalam Pertarungan Menakjubkan

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 6:17 PM

Holly Holm (kanan) menendang keras lawannya Ronda Rousey sebelum merangkul gelaran juara UFC dalam perlawanan di Melbourne, Ahad. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Si cantik Ronda Rousey yang juga juara Ultimate Fighting Championship (UFC) wanita kelas Bantamweight akhirnya tewas di tangan rakan senegaranya, Holly Holm.

Dalam pertarungan UFC 193 yang berlangsung di Melbourne, Australia, Rousey kalah di pusingan kedua, sekali gus hilang gelaran juara.


Rousey sememangnya berdepan lawan berat kali ini kerana Holm dianggap lawan paling tepat untuk mengatasi kehebatan petarung berusia 28 tahun itu yang berpengalaman dalam sukan judo.

Perlawanan berlangsung sengit dan Rousey dilihat banyak berdepan kesukaran berbanding Holm yang berjaya menerapkan strateginya dengan baik dengan pukulan dan tendangan tepat mengenai Rousey.

Malah, pada pusingan pertama telah menyaksikan hidung Rousey berdarah.

Rousey berdepan 'mimpi buruk' pada pusingan kedua apabila tendangan keras Holm ke arah kepalanya membuat Rousey terhuyung.

Tidak cukup dengan itu, petarung berusia 34 tahun itu terus 'membelasah' kepala Rousey dengan pukulan.

Perlawanan terpaksa dihentikan dan Holm akhirnya diumumkan menang di pusingan kedua, sekali gus petarung dengan gelaran The Preachers Daughteritu merampas gelaran juara kelas Bantamweight yang sebelum ini dimiliki Rousey.

Ia adalah kekalahan pertama Rousey dalam 13 pertarungannya dan Holm mencatatkan rekod kemenangan 10-0 dalam sukan seni mempertahankan diri campurannya.

"Saya mempunyai begitu banyak kasih sayang dan sokongan - saya fikir kenapa saya tidak boleh melakukannya," kata Holm di gelanggang.

"Ada banyak darah, peluh dan air mata, tetapi ia pasti berbaloi. Ini adalah sesuatu yang gila."

Holm, berkata tendangan di kepala ke Rousey adalah satu rancangan.

"Saya tidak mahu menendang badannya dan dia akan memerangkap kaki saya...Saya menendang lebih tinggi dan ia dapat mengenainya," katanya.


"Saya tidak menghabiskan masa sebanyak ini di gimnasium sebelum mana-mana pertarungan dalam hidup saya...Semua yang kita usahakan berlaku pada malam ini."
Tags / Kata Kunci: UFC , bantamweight , Ronda Rousey , Holly Holm

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan