Sukan Sea 2017: Atlet Perlu Berada Dalam Prestasi Tertinggi Untuk Jadi Juara - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 6:19 PM

Barisan atlet melaungkan 'Malaysia Boleh' ketika Perhimpunan Atlet Program Kita Juara 2017 di Institut Sukan Negara pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet perlu berada pada prestasi tertinggi dan bermotivasi bagi memastikan Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA ke-29 pada 2017, muncul juara keseluruhan.

Selaras dengan matlamat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar Malaysia mencapai sasaran itu, Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dipertanggungjawabkan menyedia program latihan atlet, melalui Program Gemilang persatuan sukan berkenaan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata program 'Kita Juara' yang dilancarkan September lepas, dengan penglibatan 38 persatuan sukan kebangsaan, dipilih sebagai laungan betapa Malaysia benar-benar serius menjuarai Sukan SEA 2017.

"Tanya diri masing-masing, apa perlu kita lakukan untuk meraih pingat emasdan muncul juara keseluruhan pada 2017. Jika kita (atlet) berada di tempat kedua, bermaksud misi 'Kita Juara' gagal.

"Saya mahu anda semua (atlet) mempersiapkan diri dan buktikan anda berhak menang," katanya ketika memberi motivasi kepada 772 atlet yang terlibat dalam Fasa 1 Program 'Kita Juara' 2017, di Gimnasium II, MSN di Bukit Jalil, pada Khamis.

Fasa 1 program tersebut selama setahun melibatkan atlet dari 38 jenis sukan yang terpilih berdasarkan kriteria tertentu, bermula dari September lepas hingga September 2016.

Ia diikuti Fasa 2, bermula Oktober 2016 hingga Mac 2017, manakala Fasa 3 dari April hingga September 2017.

Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan senarai akhir nama atlet bagi Program Podium akan diumumkan pada Januari tahun depan.

Program Podium merupakan program penyediaan atlet terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulatihan.

Sementara itu, ketua kontinjen Sukan SEA ke-29, Datuk Marina Chin berkata program 'Kita Juara' akan memberi tanggapan positif kepada atlet untuk berusaha lebih gigih.

"Daripada program ini, kita sudah memberitahu bahawa kita tidak akan berpuashati jika mereka meraih pencapaian kurang daripada juara. Jadi mereka sudah ada sasaran, di mana mereka mesti jadi juara dan raih pingat emas," katanya.

Marina juga mengingatkan atlet supaya berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan hasrat mereka dan negara pada temasya sukan berkenaan.

Beliau turut mengakui, tidak mudah menguruskan masalah lebih 700 atlet dalam satu program, namun bagi beliau segala masalah itu ada penyelesaiannya.

"Saya pasti tidak akan berkesempatan berjumpa dengan semua atlet, tetapi saya sudah memohon kepada Ketua Pengarah MSN agar sediakan satu tempat di Kompleks MSN supaya saya boleh datang dan berjumpa dengan atlet," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan