LTdL Akan Tetap Diteruskan Tahun Depan - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran acara perlumbaan basikal berprestij di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan tetap diteruskan tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"LTdL adalah acara sukan ikonik kepada Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama selepas menyertai acara berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur sempena karnival ASEAN Cycle Fest 2015 di Dataran Merdeka, Ahad.

"Kita (KBS) telah mengenal pasti penganjur baharu. Daripada dua yang disenarai pendek, kita akan umumkan nama syarikat penganjur baharu itu minggu depan," katanya.

Menurut Khairy, sejumlah empat syarikat termasuk penganjur terdahulu iaitu Human Voyage Sdn Bhd telah membida untuk menjadi penganjur.

Selepas dibuat penelitian oleh Ketua Setiausaha KBS Datuk Jamil Salleh, hanya dua syarikat disenarai pendek.

Antara kriteria pemilihan syarikat penganjur berkenaan, menurut Khairy, ialah perlu mempunyai pengalaman menganjurkan perlumbaan berbasikal jelajah.

Walaupun baru saja dimaklumkan secara lisan kepada syarikat berkenaan, Khairy berkata beliau diberitahu bahawa mereka sudah mendapat persetujuan awal daripada 30 pasukan.

"LTdL perlu kita bina semula profilnya...jadi kita perlukan penajaan daripada syarikat swasta di negara ini. Saya rasa inilah masanya syarikat besar di negara ini menjadi penaja acara LTdL kerana acara berbasikal sebenarnya semakin meningkat.

"Saya harap syarikat swasta tidak lihat hanya kepada sukan glamour sahaja seperti golf. Sebaliknya, LTdL juga boleh jadi platform pemasaran mereka," katanya.

Menurut Khairy, untuk meningkatkan prestij LTdL di rantau Asia, ia memerlukan penajaan besar memandangkan kini, wujud persaingan khususnya dari negara Asia Barat seperti Oman, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata KBS sedang menyediakan pelan pembangunan berbasikal lebuh raya untuk tempoh lima tahun.

"Kita (KBS) ada rancangan jangka masa panjang untuk acara berbasikal lebuh raya. Seperti diketahui umum, berbasikal lebuh raya kita masih jauh ketinggalan  (berbanding negara Asia Tenggara lain)," katanya.

Berdasarkan pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Singapura dan Jelajah Borneo baru-baru ini, KBS akan bekerjasama dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mendapatkan formula terbaik untuk  membangunkan berbasikal lebuh raya negara.

"Saya mahu dalam tempoh lima tahun akan datang, pelumba negara menjadi antara terbaik di rantau Asia Tenggara dan Asia sepertimana pelumba acara trek," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LTdL , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan