Mohd Harrif Idam Gelaran Acara Kriterium Asean Cycle Fest 2015

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 5:28 PM

Harrif ketika memenangi pingat emas pada kejohanan Sukan SEA baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Mohd Harrif Saleh percaya berdasarkan prestasi semasa, beliau mampu menjuarai perlumbaan kriterium sempena Asean Cycle Fest 2015 di Dataran Merdeka, esok.

"Selepas Sukan SEA dan dua perlumbaan besar, Jelajah Hainan dan Jelajah Borneo baru-baru ini, saya rasa prestasi saya kini berada di tahap terbaik.

"Harapan saya kini adalah untuk memenangi perlumbaan kriterium esok," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Sabtu.

Mengenai pelumba yang dijangka memberi saingan dalam acara Pecut Terbaik Asean esok, Mohd Harrif berkata cabaran itu mungkin daripada pelumba skuad kebangsaan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Saya tidak tahu siapa pelumba dari negara Asean yang akan bertanding.

Namun, saya mahu melakukan yang terbaik dan menjuarainya," kata pelumba berusia 27 tahun itu.

Sebagai persiapan menyertai acara kriterium itu, Mohd Harrif mengambil bahagian dalam perlumbaan 'Kuala Lumpur Sprint King' yang turut diadakan oleh  penganjur, MultiGreen Events hari ini.

Pada perlumbaan hari ini, Mohd Harrif memenangi kategori Masters Lelaki (18-34 tahun) untuk acara berbasikal lebuh raya dan tempat ketiga dalam acara berbasikal bukit, juga dalam kategori Masters Lelaki.

Menurut pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura pada Jun lepas, beliau bersama-sama pasukan basikal benua, TSG, dijadual menyertai perlumbaan Jelajah Siak pada penghujung bulan ini.

Asean Cycle Fest 2015 dianjurkan secara bersama oleh MultiGreen Events dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam bentuk karnival berbasikal selama tiga hari, bermula semalam.

Perlumbaan itu dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 di Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November ini.   -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Harrif Saleh , Asean Cycle Fest

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan