Jurulatih Basikal Terengganu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Jurulatih Lumba Basikal Terengganu, Rozimi Omar meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung malam Ahad.

Rozimi, 43, yang berasal dari Tanah Lot Dungun, Terengganu dikatakan meninggal selepas dikejarkan ke Hospital Putrajaya, kira-kira pukul 8.20 malam.

Pelumba negara Ahmad Syazlin Awang Ilah, 18, berkata, beliau bersama empat lagi pelumba lain serta jurulatih tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, sebaik sampai mereka semua bertolak ke rumah seorang pengurus di Putrajaya bagi mengambil van untuk bertolak pulang ke Terengganu.

"Kami semua baru tiba di KLIA sekembalinya dari menyertai kejohanan Lumba Basikal BMX ACC di Mynmar.

"Sebaik sampai di rumah pengurus terbabit di Putrajaya, Rozimi cuba membuka pintu van untuk menyimpan barang kami dan tiba-tiba dia rebah," katanya ketika dihubungi.

Pengurus terbabit terus menghubungi ambulans dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Jelasnya bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan arwah meninggal sebaik menerima rawatan lanjut.

Katanya, jenazah Rozimi akan dibedah siasat di Hospital terbabit sebelum dibawa pulang ke Dungun.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Lumba Basikal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan