Thomas Raih Gelaran Sulung Jelajah PGA Di CIMB Classic 2015

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 7:48 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) menyampaikan piala kepada Justin Thomas yang menjadi juara kejohanan Golf CIMB Classic 2015 di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendahulu bersama semalaman, Justin Thomas bangkit daripada melakukan satu double bogey, dengan melakukan tiga birdie berturut-turut bagi mengekang cabaran sengit daripada bekas pemain nombor satu dunia Adam Scott, untuk meraih kejuaraan sulung Jelajah PGA.

Pemain Amerika Syarikat itu hanya perlu melakukan par pada lubang ke-18 bagi memastikan catatan bawah par 26 beliau, tidak diatasi dan mengelak daripada beraksi dalam play-off bersama Scott dari Australia.

Kesabaran dalam berdepan cabaran tersebut membuahkan hasil apabila beliau tidak melakukan kesilapan dan mengekalkan pukulan terbaik untuk meraih kemenangan sulung itu.

"Ia sesuatu yang hebat. Saya masih tidak percaya ia akan berlaku dan saya melakukan pukulan par untuk memenangi kejohanan ini," kata pemain berusia 22 tahun dari Kentucky itu.

Thomas menerima trofi kejohanan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak dan membawa pulang wang tunai AS$1.26 juta (RM5.41 juta) atas kejayaannya itu.

selain meraih hadiah yang lumayan, Thomas turut memperoleh 500 mata Piala FedEx.

Pada pusingan akhir CIMB Classic 2015 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur pada Ahad, Thomas melakukan satu eagle, enam birdie dan satu double bogey pada lubang ke-14, untuk mencatat enam bawah par 66, sekali gus mencatat keseluruhan 26 bawah par pada kejohanan menawarkan hadiah AS$7 juta (RM30.1 juta), yang diiktiraf oleh Jelajah PGA dan Jelajah Asia.

"Secara jujur, saya tidak jangka memenangi kejohanan berkenaan seawal ini. Saya sentiasa mempunyai harapan tinggi dan pastinya saya bermain dengan baik tahun lepas di beberapa kejohanan untuk meraih kemenangan ini. Saya faham untuk mencapai kemenangan adalah sukar dan ia tidak sering berlaku," kata Thomas.

Scott, yang gagal meraih kejuaraan pada musim 2015, hampir mengecewakan Thomas, apabila tidak melakukan sebarang bogey untuk mencatat sembilan bawah par 63, dengan tujuh birdie dan satu eagle pada par lima lubang ketiga.

"Saya mencurahkan segala yang ada hari ini. Saya bermain dengan baik dan ia sesuatu yang bagus kerana sudah sekian lama, saya tidak bermain begitu baik seperti ini," kata pemain berusia 35 tahun itu. 

Selaku naib juara, Scott menerima hadiah wang tunai AS$756,000 (RM3.3 juta). 

Scott adalah antara pemain yang beraksi pada kejohanan berkenaan, dengan harapan untuk mendapatkan momentum menjelang Kejohanan Golf Dunia di Shanghai, minggu depan.

Sementara itu, pendahulu bersama semalaman, Brendan Steele mencatat 68 pukulan untuk berkongsi tempat ketiga bersama seorang lagi pemain Amerika Syarikat Kevin Na, untuk mengumpul keseluruhan 24 bawah par 264. 

Juara dua kali CIMB Classic, Ryan Moore menamatkan cabaran dengan berkongsi di tempat ke-10, selepas melakukan 17 bawah par 271. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Justin Thomas

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan