IPC Doha: Saifuddin Raih Gangsa Pada Penampilan Pertama

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 10:16 AM

Saifuddin ketika beraksi pada acara lompat jauh di IPC yang berlangsung di Doha Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penampilan pertama dalam Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membuahkan hasil kepada Mohamad Saifuddin Ishak, pada Sabtu.

Pada acara yang berlangsung di Stadium Suhaim Bin Hamad, Doha, Qatar, atlet elit paralimpik negara berusia 23 tahun itu berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh T12 lelaki (cacat penglihatan) dengan jarak lompatan 6.94  meter yang dicatat pada percubaan keempat beliau.

Pingat emas acara itu dimenangi Kamil Aliyev dari Azerbaijan dengan jarak lompatan 7.13 meter, manakala pingat perak milik Chen Mingyu dari China dengan 7.07 meter.

Kejayaan Mohd Saifuddin itu sekali gus memperbaiki pencapaian pingat emas Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan tahun lepas dengan jarak 6.84 meter.

Terdahulu, Malaysia meraih pingat emas pertama pada edisi kejohanan kali ini melalui Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh F20 lelaki (masalah pembelajaran - ID).

Atlet berusia 18 tahun itu turut mencipta rekod baharu kejohanan dengan jarak 7.35 meter.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Saifuddin Ishak , IPC , paralimpik

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan