Great Britain Muncul Juara Hoki Piala Sultan Johor

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Great Britain muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 selepas mengalahkan juara bertahan India 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 pada final di Stadium Hoki Taman Daya, Ahad malam.

Jack Clee muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Great Britain menjulang kejuaraan buat pertama kali pada cabaran edisi kelima kali ini.

Sebelum itu, tiga gol penentuan penalti skuad kendalian Jon Bleby itu dijaringkan oleh Clee (dua gol), Ed Holler dan kapten pasukan Luke Taylor.

Sementara, pukulan penentuan penalti India dihasilkan menerusi jaringan kapten pasukan Harjeet Singh (dua gol) dan Harman preet Singh.

Ini merupakan pertemuan kedua pasukan itu dalam final.

Terdahulu, Great Britain memulakan saingan agak garang dengan serangan bertubi-tubi ke gawang juara dua kali itu sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Pukulan sudut penalti pertama mereka seawal minit ketiga membuahkan hasilapabila hantaran Robert Farrington berjaya disempurnakan oleh Taylor, seminit kemudian dia bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pukulan sudut penalti pertama mereka pada minit ke-12 apabila hantaran Parvinder Singh berjaya dijaringkan oleh Harmanpreet tepat ke gawang sebelah atas kanan lawan.  

Cubaan demi cubaan oleh kedua-dua pasukan gagal membuahkan sebarang jaringan sehingga keputusan terikat 1-1 sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Bermula babak kedua, India nampak mengasak pintu gawang lawan namun percubaan demi percubaan berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan yang diketuai Taylor.

Namun begitu, penyerang India, Gurjant Singh berjaya menjaringkan gol kedua buat India pada minit ke-42 yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Great Britain, Chris Wyver.

Selang empat minit kemudian, Great Britain bangkit menyamakan kedudukan dengan skuad kendalian Harendra Singh, menerusi jaringan solo Jack Turner,sekali gus menewaskan penjaga gawang Suraj Karkera.

Sementara itu, Australia memenangi Anugerah Fair Play, Taylor memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak, Wyer (Penjaga Gol Terbaik) dan pemain India, Harjeet dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Sultan Johor , Remaja

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan