Malaysia Tewaskan Argentina 3-2

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 8:49 PM

Pemain Malaysia meraikan kejayaan selepas menewaskan Argentina 3-2 untuk meraih tempat ketiga pada kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Malaysia menewaskan Argentina 3-2 dalam perlawanan sengit merebut tempat ketiga Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, pada Ahad.

Kedua-dua skuad nyata memberi saingan hebat seawal minit pertama permainan dengan masing-masing membuat asakan ke pintu gawang.

Tuan rumah terlebih dahulu mendapat gol pertama pada minit ketujuh apabila pukulan sudut penalti oleh Muhd Amirol Aideed Md Arshad berjaya disempurnakan oleh pakar sudut penalti, Muhammad Shahril Saabah.

Bagaimanapun, skuad kendalian Mariano Ronconi itu bangkit menyamakan kedudukan 1-1, tiga minit kemudian hasil jaringan solo Santiago Tarazona yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohammad Ridzwan Azmi.

Perlawanan makin hangat apabila anak buah Arul Selvaraj menambah gol kedua menerusi pukulan sudut penalti kedua apabila hantaran Nik Mohd Aiman Nik Rosemi disempurnakan oleh Muhd Najmi Farizal Jazlan, pada minit ke-17.

Argentina yang memperolehi dua pukulan sudut penalti pada minit ke-19 dan 20 bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang menyamakan kedudukan kerana gagal melepasi benteng pertahanan negara.

Skuad Projek 2016 itu terus giat mengatur serangan ke gawang Argentina dalam usaha menjarakkan kedudukan bagi memperbaiki kedudukan kejohanan lepas yang menyaksikan tuan rumah berada di tempat kelima.

Pukulan sudut penalti ketiga negara seminit sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan bagaimanapun gagal membuahkan hasil.

Skuad negara mendahului Argentina 2-1 pada separuh masa pertama.

Gol ketiga Malaysia diperolehi menerusi sudut penalti keempat negara menerusi gandingan sama, hantaran Nik Mohd Aiman (hantaran) yang disempurnakan Muhd Najmi pada minit ke-41.

Pukulan sudut penalti keempat Argentina pada minit ke-47 tidak berhasil apabila hantaran ke pintu gawang kanan Malaysia berjaya ditampan keluar oleh  Mohammad Ridzwan.

Bagaimanapun, Argentina berjaya merapatkan kedudukan 2-3 apabila gol padang oleh Nicolas Keenan berhasil pada minit ke-52.

Meskipun, baki permainan hanya tinggal 10 minit, kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan bertubi-tubi bagi memburu gol seterusnya.

Tiga sudut penalti Argentina pada lima minit terakhir turut gagal membuahkan sebarang jaringan bagi pasukan pelawat itu.

Pemain terbaik perlawanan ialah Muhd Najmi, yang menyumbangkan dua gol dalam perlawanan menentang Argentina.

Terdahulu, Australia membenam Pakistan 5-0 untuk tempat kelima kejohanan.

Skuad kendalian Ben Bishop itu memperolehi gol menerusi Max Hendry (minit kesembilan), Jack Welch (19'), Kurt Lovett (45' dan 65') dan Ryan Proctor pada miniat ke-49.

Tags / Kata Kunci: Hoki Piala Sultan Johor

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan