Hoki : Lima Bekas Pemain Antarabangsa Ketuai Cabaran Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 10:16 AM

Syed Anuar Syed Ali (dua, kanan) menyampaikan replika cek kepada Presiden Persatuan Hoki Vateran Sultan Ahmad Shah Tan Sri Mustafa Mansur (dua, kiri) pada majlis penyerahan cek 'Grand Masters Hockey Third Asia Cup' dan '29th Pacific Rim Sultan Ahmad Shah Cup Hockey Tournament 2015'. Turut hadir Datuk Mohd Zaki Mokhtar (kanan) dan Poon Fook Loke (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima bekas pemain antarabangsa, yang mewakili Malaysia pada era 1970-an, akan mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Hoki Grand Masters Piala Asia 2015 di Stadium Hoki Pantai di sini dari 26 Oktober hingga 1 November ini.

Mereka ialah Datuk Poon Fook Loke, M. Mahendran dan R. Pathmarajah merupakan anggota pasukan yang membantu Malaysia mencapai kedudukan keempat dan terbaik pada Piala Dunia 1975 di Stadium Merdeka.

Di samping itu, dua lagi, Mohinder Singh Amar dan Avtar Singh Gill merupakan pemain Piala Dunia edisi 1978 di Buenos Aires, Argentina.

Presiden Persatuan Hoki Veteran Sultan Ahmad Shah, Tan Sri Mustafa Mansurberkata kejohanan masters dwitahunan itu, yang melibatkan pemain berumur 60tahun ke atas, akan menyaksikan kehadiran juara bertahan, Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan tuan rumah, Malaysia.

Di samping kejohanan itu, katanya, pada masa sama persatuan itu juga akanturut menganjurkan edisi ke-29 Kejohanan Hoki Masters Antarabangsa Lingkaran Pasifik melibatkan penyertaan enam pasukan.

Pasukan tersebut ialah Australia A dan B, Scotland, England, Kelab HokiAlliance International dari Eropah dan pendatang baharu, Mesir di Gelanggang Hoki Kementerian Pendidikan.

"Kami gembira untuk mengumumkan bahawa kedua-dua kejohanan ini telah diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan Persatuan Grand Masters Dunia (WGMA)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Kumpulan Ambank,sebagai penaja utama kejohanan pada Khamis.

Mustafa berkata kedua-dua kejohanan itu akan menggunakan format 'round-robin' dengan juara daripada kedua-dua kejohanan itu berentap pada final untuk menentukan juara keseluruhan di Stadium Hoki Pantai di sini pada 1 November ini.

"Kami menyasarkan gelaran juara keseluruhan kerana kita mempunyai beberapa pemain berpengalaman yang beraksi pada kejohanan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata mereka gembira kerana dapat menaja kejohanan yang antara lain memberi peluang kepada bekas pemain negara memperagakan kemahiran masing-masing.

"Kita harap permainan dan kepakaran pemain veteran ini dapat dicontohi oleh pemain muda pada masa kini, katanya.

Sebagai rekod, Malaysia menjuarai edisi pertama Kejohanan Grand Masters Piala Asia di Singapura pada 2011 sebelum Jepun muncul juara di Hong Kong, dua tahun kemudian.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan