Golf: MCM 2016 Terima 'Lampu Hijau' Daripada Pesuruhjaya Sukan

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 9:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: GlobalOne, sebuah promoter sukan gayahidup eksekutif tempatan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk kejohanan sulung Golf Maybank Malaysia 2016.

Kejohanan tersebut akan diadakan di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) dari 18 hingga 21 Februari depan dengan hadiah wang tunai US$3 juta (RM12.39 juta).

"Kami amat bersyukur dengan kelulusan dan bimbingan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Suklan, Datuk Zaiton Othman untuk kejohanan akan datang.

"Kelulusan ini adalah penting untuk sebarang acara sukan antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalannya.

"Dengan bimbingan badan-badan yang memberikan pengiktirafan dan sokongan penaja, kami menjangkakan ini merupakan satu era baharu untuk pertumbuhan sukan golf bagi penonton dan sukan profesional di Malaysia dan ASEAN," kata Pengerusi GlobalOne, Tan Sri Mohd Razali Abdul Rahman, dalam kenyataan. -

Sementara itu, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata kelulusan Pesuruhjaya Sukan itu mengesahkan usaha Maybank sejak 10 tahun lepas dalam memajukan golf di Malaysia untuk mencapai tahap profesionalisme yang tinggi dan keperluan untuk pendekatan baharu.

"Dengan sokongan beberapa kejohanan PGM dan PGAM serta kejohanan Maybank Malaysia, Februari depan, pemain profesional kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mengumpul mata ranking dunia untuk layak ke Sukan Olimpik 2016," katanya.

Megat Zaharuddin berkata kejohanan ini akan menjadi sebahagian daripada rancangan luas Maybank untuk terus menyokong usaha mencapai kecemerlangan sukan golf di Malaysia dan rantau ASEAN.

GlobalOne, bersama-sama Jelajah Asia dan Eropah, sebagai badan memberi pengiktirafan, turut mengumumkan bahawa Jelajah Persatuan Golf Malaysia (PGM) dan Persatuan Pemain-Pemain Golf Profesional Malaysia (PGAM) akan menjadi rakan pengiktirafan bagi Kejohanan Maybank Malaysia 2016.

Penglibatan badan golf profesional di Malaysia penting dalam memastikan kualiti bakat pada kejohanan itu serta membantu Maybank dan GlobalOne terus menyokong pembangunan golf profesional tempatan.

Tags / Kata Kunci: MCM Golf , GlobalOne

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan